Penantian, satu penyeksaan.
Akhirnya One Piece berjaya mencecah episod ke 1000 & episod ini paling dinantikan ketika ini dimana berlakunya pertembungan antara Monkey D Luffy dengan Kaido bersama Big Mom.
Memang terbaik la.. Sesuai sangat untuk menutup tirai tahun 2020 & tahun 2021 pula nanti akan disajikan dengan lebih banyak aksi pertarungan yang dinantikan selama ini.
Kali ini, bukan Luffy & Nakamanya sahaja yang terlibat. Bahkan beberapa nama besar dari “worst generation” juga terlibat sama untuk mengulingkan Yanko yang mewakili generasi lama.
Adakah kali ini, Luffy berjaya tewaskan Kaido?
Dan adakah kali ini, Kaido berasa puas hati bertemu seseorang yang mampu menewaskan dia?
Dalam episod ke 1,000, Luffy berjaya sampai ke tingkat atas Onigashima, bersama Zoro yang dibantu oleh Marco. Begitu juga dengan Kid, Killer dan juga Law.
Kiranya ada 5 Supernova berkumpul setempat & menyaksikan gabungan allies paling serasi bertarung bersama.
Sebelum ini kita pernah nampak Luffy, Law & Kid bergabung bersama. Begitu juga dengan gabungan Luffy & Law ketika menewaskan Doflamingo.
Manakala sebelum ini Kid pernah bergabung dengan Apoo untuk menentang Kaido sebelum Apoo mengkianati beliau. Adakah gabungan kali ini, menyerlah kemampuan masing-masing dihadapan Yanko?
Di akhir episod, Luffy telah menjatuhkan Kaido dengan satu tumbukan sehingga membuatkan Big Mom terkejut.
Yup, satu tumbukan… Satu tumbukan yang penuh dengan kemarahan diatas segala perbuatan yang Kaido telah lakukan terhadap Wano Country selama ini.
Tak sabar rasanya nak tunggu sambungannya dalam episod ke 1,001. Dengar cerita akan kuar pada 10 Jan 2021.
Apa-apa pun, Bro nak ucapkan selamat tahun baru 2021. Moga tahun 2021 lebih baik dari tahun 2020.
***************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter