March 19, 2024

Elak Upload Video di Facebook Yang Langgar Undang Hak Cipta

Video Facebook Copyright
Stress bila memuat naik video dekat facebook, sekali video disekat kerana kandungan dalam video itu melanggar undang-undang hak cipta.

Dah la penat-penat rakam.

Penat-penat edit semua berjam-jam, sekali bila upload ke laman facebook terus dapat amaran yang mengatakan video yang kita muat naik melanggar undang-undang hak cipta.

Puncanya, dalam video ada ‘back ground’ musik yang kita terakam sewaktu merakam. Nampaknya, lepas nie kena rakam dekat tempat yang sunyi la ek.

Sedangkan video yang sama, tiada masalah pun bila dimuat naik dekat Youtube.

Nampak sangat facebook punya syarat lagi ketat berbanding dengan Youtube, Sedangkan seketat-ketat Youtube masih boleh bertolak ansur lagi-lagi kandungan yang mampu menjana $$$$.

Erm… Majuk dengan facebook, lepas nie tak nak upload video dekat facebook dah hahahaha.

Nota Kaki : Pastikan anda hanya siar kandungan yang anda miliki atau mempunyai keizinan daripada pemilik hak cipta untuk digunakan. Menyiarkan kandungan yang bukan kepunyaan anda mungkin melanggar undang-undang hak cipta. Ketahui lebih lanjut.

Bagaimanakah Untuk Memastikan Kandungan Yang Dikirimkan ke Facebook Tidak Melanggar Undang-undang Hak Cipta?

Cara terbaik untuk membantu memastikan bahawa perkara yang anda kirimkan ke Facebook tidak melanggar undang-undang hak cipta adalah dengan hanya mengirimkan kandungan yang dicipta oleh anda sendiri. Anda boleh melanggar hak cipta orang lain apabila anda menyiarkan kandungan mereka di Facebook, walaupun anda:

  • Beli atau muat turun kandungan (Contoh: lagu daripada iTunes).
  • Merakam kandungan ke peranti rakaman anda sendiri (Contoh: lagu yang dimainkan di latar belakang semasa pesta, konsert, acara sukan, perkahwinan, dll). < ~ Ok, ini masalah yang Bro hadapi.
  • Memberikan kredit kepada pemilik hak cipta.
  • Menyertakan penafian bahawa anda tidak berniat untuk melanggar hak cipta.
  • Tidak berniat untuk mengaut keuntungan daripadanya.
  • Mengubah suai kerja atau menambahkan bahan asal anda padanya.
  • Mendapati bahawa kandungan itu tersedia di internet.
  • Melihat orang lain mengirim kandungan yang sama juga.
  • Mengatakan bahawa penggunaan tersebut adalah penggunaan yang adil.
Petua untuk menyiarkan kandungan

Sebelum anda mengirimkan kandungan di Facebook, anda mungkin ingin bertanya:

  • Adakah saya mencipta semua kandungan ini sendiri?
  • Adakah saya mempunyai keizinan untuk menggunakan semua kandungan yang disertakan dalam kiriman saya?
  • Adakah penggunaan kandungan saya termasuk sebagai pengecualian kepada pelanggaran hak cipta?
  • Adakah kandungan tersebut dilindungi oleh hak cipta (contohnya, adakah ia merupakan ungkapan ringkas, idea atau karya domain awam)?

Nota Kaki : Patutlah banyak facebook page dekat Malaysia siarkan video yang tak berkualiti / cilok video orang lain / viral sebab kebanyakannya takde siapa claim Copyright.

Takpe la, apa yang terjadi hari ini dijadikan pengajaran. So kena alert pasal semua nie sewaktu nak buat video lain di masa akan datang.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Elak Upload Video di Facebook Yang Langgar Undang Hak Cipta

  1. Jangan kata di facebook, di instagram ke twitter ke ke blog ke, pun kita takut nak share dan upload…tak pasal-pasal kang kena sama masuk jail..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *