Ada tak Lamb Lovers dekat sini?
Jika ya, jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya hidangan kambing terbaik di semua cawangan Tony Roma’s seluruh Malaysia dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2019.
Hidangan yang pernah diperkenalkan pada tahun 2013 oleh Tony Roma’s disediakan oleh tukang masak profesional dan terlatih yang berjaya menawan hati ‘Lamb Lover’ sejak dulu lagi.
Diperap dan dimasak sempurna bagi memastikan tulang rusuk kambing (Lamb Rib) ini berjus dengan aroma berasap yang menyelerakan membolehkan ia memenangi ‘Brand Innovation’ dari Romacorp.
Kali ini, ia kembali untuk tempoh terhad.
Sudah bersediakah anda?
Lamb Lover’s Platter – RM158.80 nett
Hidangan utama yang mengabungkan beberapa hidangan individu yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan / keluarga untuk lebih penjimatan.
Bro pasti, korang pasti akan tertarik dan rasa berbaloi untuk menikmati Lamb Lover’s Platter ini bersama. Selain dapat mengeratkan hubungan, ia juga lebih jimat dengan jumlah potion yang sama.
Didatangkan dengan Lamb Shoulder, Lamb Ribs dengan sos plum bermadu, Lamb Cevapi dengan bawang jeruk serta Kerepek Kentang Ranggup.
Boleh dikatakan, hidangan ini membolehkan korang menikmati pelbagai rasa ketika menikmatinya.
Cuma, korang jangan komplen Lamb Cevapi berbau kambing. Ini kerana, hidangan ini asalnya memang berbau tetapi enak dimakan bersama jeruk bawang.
Sesuai dimakan bersama 3-4 orang.
Jika berdua, tak habis.. Boleh bungkus. Tak ada masalah pun.
Jom kita tengok menu-menu lain berasaskan kambing yang turut disajikan di Tony Roma’s ;-
Grilled Lamb Shouder – RM85.80 nett
Tender & Seasoned Lamb Shoulder yang dihidangkan bersama Onion Rings. Ia juga ada disertakan dalam Lamb Lover’s Platter.
Lamb Rib – RM70.80 nett
Hidangan yang menyajikan lamb ribs yang diperap dan dipanggang sehingga menerbitkan citarasa asli. Gabungan rasa madu dan plum dikurangkan dengan perahan jus dan halia berserta Onion Rings. Ia turut disertakan dalam Lamb Lover’s Platter.
Lamb Burger – RM55.00 nett
Salah satu menu yang paling mendapat permintaan yakni Lamb Burger. Daging kambing yang dipanggang diletakkan diatasnya keju, salad, tomato serta sos istimewa.
Juga didatangkan bersama Onion Rings.
Lamb Flatbread – RM55.00 nett
Begitu juga dengan Lamb Flatbread – flatbread yang bertoppingkan kambing panggang, keju Harvati yang cair, hirisan keju biru, cendawam liar, lada merah, sos chives dan horseradish berkrim.
Juga didatangkan bersama Onion Rings.
Crunch Tower – RM18.80 nett
Untuk melengkapkan lagi hidangan diatas, korang boleh memesan Crunch Tower untuk tempoh terhad.
Ia mengabungkan 4 pembuka selera yang berbeza ; Crunchy Onion Rings, Crisp & Juicy Tomato Citrus Potato Chips, Rich & Flavorful Spicy Egg Potato Chips, dan Fuffy Potato Tots with Sweet and Spicy Glaze.
By the way, korang jangan lupa untuk bergambar dengan Crunch Tower ini dan muat naik ke laman sosial anda dengan hashtag #JomTonyRomas.
Mana tahu, anda terpilih sebagai salah seorang pemenang mingguan untuk memenangi voucher makan tengahari dari Tony Roma’s.
IKLAN : Dengan pembelian mana-mana menu diatas, korang boleh memesan pencuci mulut : Rich Double Chocolate Treat @ Premium Carrot Watnut Cake pada harga RM10.
Terliur tak?
Jika ya, apa kata korang ke Tony Roma’s sekarang untuk menikmati hidangan diatas bagi tempoh waktu terhad dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2019.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.tonyromas.com.my