Raya dah habis, open house pun dah tiada. So, mesti korang tak de plan nak makan mana pada hujung minggu nie.
Apa kata, korang datang ke Setia City Mall’s Food Carnival yang berlangsung pada 19 Julai hingga 21 Julai 2019 dan hujung minggu seterusnya 26hb – 28hb Julai 2019, dari 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Karnival makanan ini menampilkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa dari lebih 20 vendor di Centre Court dan di luar East Entrance.
Korang jangan risau tentang makanan halal / bukan halal dekat sini. Kedua-dua makanan halal dan bukan halal ditempatkan di zon berasingan.
So, bagi pengujung Islam, korang tak perlu kuatir pasal isu ini. Di sini korang boleh menikmati makanan halal dari Boat Noodle, Sushi King, Gigi DIY, Row Six dan Shabu X.
Bagi yang bukan Islam, korang boleh ke gerai Go Noodle dan D’Legends Bar.
Terdapat jugak hidangan seperti Inside Scoop dan Skinny Bakers serta tidak lupa juga gerai yang menjual snek seperti snek Jepun oleh Nimaco.
Bagi peminat durian pula, korang jangan terlepas Promosi buffet durian all-you-can-eat.
Karnival ini juga akan menampilkan persembahan hiburan di sepanjang hari oleh Yamaha, Fitness First, SK Setia Alam, Persatuan Percinta Muzik Ukulele Malaysia (PPMUM) dan Studio Tarian Moon Walker.
“Strike a Pose” & Menang Hadiah Menarik!!
Korang juga boleh menikmati beberapa permainan yang menyeronokkan di stesen permainan atau mengambil bahagian dalam pertandingan foto “Strike a Pose” dan boleh memenangi pelbagai hadiah menarik.
Korang hanya perlu :-
- Ambil gambar sekreatif yang boleh bersama mana-mana Food Fiesta 3D Display yang terlibat di sekitar Setia City Mall.
- Follow instagram @setiacity.mall dan Like Facebook Setia City Mall
- Muat naik gambar korang bersama hashtag #SCMFoodFiesta2019
- Tag instagram / facebook mereka serta 2 kawan yang ingin anda bawa bersama ke karnival ini.
- 5 pemenang akan dipilih setiap minggu.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke Instagram / Facebook mereka atau layari laman web – www.setiacitymall.com.