Bob Rock Plaza Shah Alam
Korang jenis ‘Plus Size’ dan tiada size bersesuaian. Jom ke Bob Rock, Plaza Shah Alam (Plaza Masalam) untuk koleksi terkini yang bersesuaian dengan size anda.

Siapa cakap, orang macam korang tak layak untuk bergaya dan tampil lebih yakin.

Jika dulu korang bersaiz M, mungkin tiada masalah untuk mencari pakaian dengan size korang. Tapi kini (dalam kes Bro, lepas kahwin) size badan makin menjadi-jadi.

Mungkin sekarang korang perlukan pakaian dengan size XXL / 4XL etc dan sukar untuk mendapatkannya. Kalau ada pun, designnya anda kurang berkenan + harga melampau.

Plus Size Bob Rock, Plaza Shah Alam

So, kalau korang duduk sekitar Shah Alam, apa kata korang singgah ke kedai Bob Rock, yang terletak di Plaza Shah Alam (Plaza Masalam).

Pelbagai pakaian untuk lelaki & wanita turut dijual di sini.

Jika korang berada di luar Shah Alam, atau tidak berkelapangan untuk ke sana. Anda boleh shopping secara online di www.bobrocklovelily.com.my.

Plus Size Bob Rock Shah Alam

Koleksi BAHAMAS 2019 Dari Bob Rock

Masuk-masuk je Bob Rock terus ternampak koleksi terbari mereka – BAHAMAS 2019.

Bob Rock Plus SizePakaian kasual suai dibakai untuk bersantai pada hujung minggu atau lepak di pantai.

Ala Hawaii gitew..

Diilhamkan dengan corak daun pokok palma yang didatangkan bersama beberapa warna yang mampu membuat Bro terpikat untuk mengayakannya.

Dibuat menggunakan kain kapas-satin yang lembut serta ringan dan selesa untuk dipakai ketika cuaca panas.

Ianya tidak mudah berkedut dan sesuai dipakai ketika melancong.

Bagi korang yang jenis berkicap, bahagian lengannya lebih besar untuk keselesaan tambahan.

Didatangkan dengan saiz XL – 6XL bersesuaian dengan bentuk badan masyarakat Malaysia yang Plus Size & ini yang BOB ROCK cuba untuk merialisasikan keinginan mereka yang ingin bergaya dan setiasa berkeyakinan.

Sesuai dipakai bersama seluar chinos, slack atau jeans dalam apa-apa acara kasual.

Seluar Bob Rock Plus Size

Sebut pasal seluar, BOB ROCK juga menawarkan seluar dari saiz 40 hingga ke saiz 60. Besar bukan?

Fabriknya ringan, boleh merengang (stretchable) dan lebih selesa dengan design dan potongan mengikut trend semasa.

Kebanyakan pakaian disini dijual pada harga yang sama walaupun saiznya berbeza jauh. Kenapa perlu berbelanja lebih, jika anda boleh dapatkan saiz yang anda idam-idamkan selama ini.

Paling penting, sesuatu yang sukar ditemui di tempat lain, hanya di Bob Rock sahaja.

Selain pakaian lelaki mahupun perempuan, mereka turut menjual handbag dan juga tali pinggang untuk digadingkan bersama dengan pakaian mereka.

Tidak dinafikan, pemakaian mampu mempengaruhi keyakinan kita.

Lebih-labih bila kita banyak temui orang dan perlu nampak profesional dihadapan orang lain. Oleh itu, tak salah membeli sesuatu yang berbaloi pada diri sendiri.

Beli Plus Size Bob Rock Shah Alam

Macam biasa, bila ada yang berkenan dekat Bro, memang Bro akan beli punya. Dah la layanan dari staff mereka juga tidak mengecewakan. Banyak membantu dalam pemilihan size dan pakaian yang bersesuaian dengan Bro.

So, jom dapatkan pakaian terbaik bersesuaian dengan korang semua (termasuk Bro) di

Bob Rock (Shah Alam)

Lot F15, Level 1, Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.

+603 – 5513 3588 (Shop)
+6011 – 1009 1302 (Whatsapp HQ)

Bagi korang yang tinggal jauh dari Shah Alam, korang boleh shopping secara online di www.bobrocklovelily.com.my.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter