Baru-baru ini bro menghadiri event Petronas di KLCC.

Alhamdulillah, kebanyakan blogger yang bro jemput dapat menghadirkan diri. Jika ada rezeki, bro akan jemput mereka lagi.

Sewaktu melawat roof top Suria KLCC, bro plan nak amik gambar ala Uncle Gedek. Sekali ada pula yang secara tak sengaja menjadi background.

Tak pasal-pasal bro rasa nak kongsikan siapa mereka di blog bro.

Siapakah mereka?

Ben Ashaari

Siapa disini tak mengenali mereka? Boleh dikatakan beliau merupakan selebriti blogger. Bukan blogger sahaja mengenalinya.

Rancangan TV, majalah etc dah banyak kali terpapar mukanya.

Antara blogger yang rapat dengan bro, dan pandai korek rahsia bro. Antara rakn yang memberi motivasi kepada bro untuk berkahwin.

Korang boleh melawat blognya di www.BenAshaari.com

Hafiz Rahim

Bro kenal melalui laman facebook. Dari tegur menegur terus menjadi rapat.

Banyak projek bro berkerjasama dengan dia. Tak banyak songeh dengan bro. Hulur saja projek, mesti dia akan terima.

Tapi kami tak pernah berjumpa. Akhirnya untuk projek Petronas ini, dapat juga kami bertentang mata.

Korang boleh melawat blognya di www.HafizRahim.com

Bicara Bro : Mereka berdua sudah berkahwin dan sudah mempunyai cahaya mata.

Apakah persamaan mereka berdua? Mereka selalu bagi alasan yang serupa, “Maaf bro, anak tak ada siapa nak jaga. Kena jadi baby sitter”