February 16, 2025

Kenangan Konvokesyen : Hampir Dapat Title Super Duper Mighty Senior

Bro Framestone Convocation
Teringat zaman konvokesyen dulu.

Orang lain, belajar 3 tahun dah convo. Kita pulak, hampir nak masuk tahun ke-6. Hampir juga nak dapat title – Super Duper Mighty Senior (Sebab title ini, ada orang lain masih pegang lagi).

Waktu convo berjumpa pula rakan sejenis (yang habis study lambat).

Dia cakap, “Akhirnya konvo gak kau”

Aku balas balik, “Aku tak sangka boleh pula konvo dengan kau. Ingatkan ponteng konvo dok settlekan projek dekat Bangladesh”

***

Yup, Bro lambat habis study sebab bekerja (waktu itu, status sebagai fulltime student bertukar jadi partime – maka kelas hanya pada sebelah malam atau pada hujung minggu sahaja).

Mamat tue pula, time study.. Company dia dapat projek besar dekat oversea. Mula-mula di Filipina, kemudian di Bangladesh. So tiap2 bulan dia flight balik Malaysia untuk ambil quiz & buat presentation je.

Kebanyakan coursework boleh dilakukan secara online. Dalam kelas lebih kepada pembincangan dan belajar teori.

Kalau dia rasa tak boleh nak go, Dia drop je subject tue walaupun lagi beberapa hari nak exam.

Apa de hal..

Duit banyak… 1 subjek just beberapa ribu je…

Dengar cerita Deputy Dean tegur dia tanya, “Awak sebenarnya boleh je nak habiskan study awal. Apa nak risau, kerja dah stabil, gaji pun masyuk. Settlekan je Degree awak ini, dari awak habiskan masa dekat sini” (Lebih kurang macam tue la bunyinya).

Faedah Bekerja Sambil Belajar (Partime Study)

Berakhirlah sudah Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke-17

“Doakan, dipermudahkan urusan Puan Isteri untuk sambung belajar lagi.”

Kalau ikutkan bekerja sambil belajar nie, ada banyak faedahnya selain ada banyak $$ dalam poket (Tak de la rasa sengkek sangat time jadi student).

Salah satunya, Bro lebih banyak kumpul A berbanding C sebelum ini. Satu pencapaian yang memberangsangkan juga terutama buat Bro yang kurang pandai.

Lagi satu… Kebanyakan rakan sekelas semuanya berusia dan berkerjaya. Tak de masa nak main-main dalam kelas, memang nampak mereka lebih fokus dan kejarkan result yang lebih baik.

Ye la.. Belajar pun pakai duit sendiri, bukannya duit PTPTN. So terasa juga nak bayar every semester jika susah-susah cari duit, tapi pelajaran ke laut.

Then, lepas habis belajar… Bro terus dapat offer kerja dengan gaji lebih tinggi berbanding market semasa (sebab ada pengalaman).

Semuanya atas nasihat bekas rakan serumah Bro.

Dimana time dia belajar, dia kerja dengan gaji around rm1,400. Lepas habis jawab last paper, petangnya dia ada interview dan esoknya terus kerja dengan company baru. Gaji around 2.5k (if xsalah sekitar tahun 2006)

But, gaji bulan pertama je dah cecah 6k.

Tapi itu semua sebab OT. Kenkadang 2-3 hari tak balik rumah berkampung dekat bilik server klient.

Sebulan kerja nampak banyak gak penurunan berat badan dia.

Lagi x boleh blah.. after 6 bulan. Dia pakai BMW… dan dok rumah sewa sorang dengan nilai sewa rm2.5k sebulan. Ini cerita 14 tahun lepas. Now tak tahu apa cerita dia.

Cuma banyak ilmu IT dia ajar Bro waktu itu. Sebab itu kot, bro ambil BBA, tapi dapat offer kerja as System Developer dekat company yang agak ‘ternama’ juga.

Nota Kaki : Tertiba teringat dekat salah sorang Super Duper Mighty Senior yang couple dengan akak yang rupa dia macam artis terkenal waktu itu. Lepas dorang break, terus tak tahu apa cerita dah.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *