December 13, 2024

Kenangan : Bila Lori Milo Datang Sekolah, Dapat Minum Milo Percuma

Ingat lagi waktu zaman-zaman persekolahan dulu.

Waktu berlajar, cikgu suruh satu kelas beratur keluar. Kemudian berbaris berjalan menuju kelori berwarna hijau.

Walaupun waktu itu, bro sendiri pun tak tahu apa tujuannya. Yang pasti, bro akan dapat menikmati air percuma yang bakal diberikan sebentar nanti.

Ini salah satu pengalaman paling bermakna pada bro,

Dulu keluarga bro hidup susah kot.

Setiap hari berbekalkan RM 0.20 untuk beli nasi lemak pada harga 10sen dan 10sen lagi untuk air. Mungkin sebab itu bro seorang yang nampak kedekut dan berkira-kira sedikit pasal pembelanjaan.

Sebab itu,

2-3 cawan juga bro minum. Bukan senang nak dapat minum milo free (waktu itu la ek).

Memang waktu itu, lori milo amat dinanti-nantikan oleh kami sekelas. Ke satu sekolah nantikan? Rasanya satu sekolah kot, nampak cikgu juga turut minum sama.

Tapi paling tak best, bila satu kelas kena beratur keluar bila klinik pergigian bergerak datang sekolah. Takut cabut gigi kot.

Adakah korang pernah mengalami pengalaman seperti bro? Mungkin kanak-kanak zaman sekarang memerlukan ?

Bicara Bro : Bro pun kurang pasti. Time tue lori Milo ke ataupun lori Vico @ Overtine yang datang sekolah. Biasalah kecik lagi time tue.

Dan keluarga bro selalu bagi bro minum Overtine. Sebab iklan dekat tv dan harganya murah kot (waktu itu)

Waktu sekolah menengah baru nampak lori milo ini selalu.

Kredit Gambar : Bluesriders

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Kenangan : Bila Lori Milo Datang Sekolah, Dapat Minum Milo Percuma

    1. betul 2 nine.. sanggup beratur banyak kali, air dia sedap… tak sama macam kite bancuh sendir, hehehe and yang penting ianya percuma :)..

  1. Lori milo dan vitagen memang selalu ditunggu,lori vitagen kena bayar tapi murah jer sebotol,dalam 30sen masa tu. – pernah beratur 3 kali untuk dapatkan milo yang sejuk dan sedap tu :)

    1. Lori vitagen tak lalu tempat bro, ke zaman bro dulu tiada lori tue? Masih tidak dapat dipastikan.

      Wah, mantap tue.. Sure milonya sedap kan.

      Sila ingat orang lain pun nak minum juga

    1. Kenapa ek?

      Sebab dia guna milo kotak kemudian ditambah dengan bahan lain.

      Dan lagi satu ianya percuma he..23x Kemudian diminum dalam keadaan teruja (sebab lori milo datang sekolah he..23x)

  2. nostalgia semua ni bro…sy pun pernah merasa pengalaman ni…masing2 excited bila lori Milo, Vico, Ovaltine ni dtg sekolah…sampai beratur lebih dari sekali pun ada…hee~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *