December 6, 2024

Pinjaman 110% Bagi Pembeli Rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
Tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus akan dipanjangkan kepada pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) daripada institusi-institusi kewangan terpilih.

Ia dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blog beliau.

Pembiayaan ini bertujuan memastikan semua pembeli mampu memiliki rumah, Manakala 10 peratus lebihan pembiayaan adalah bagi menampung kos tambahan seperti guaman dan insurans.

Skim Pembiayaan Sewa-Beli atau rent-to-own turut ditawarkan sebagai bantuan kepada golongan pertengahan memiliki rumah.

Kerajaan menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah PR1MA dalam masa lima tahun dan setakat ini, program PR1MA telah meliputi kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Labuan.

“Had kelayakan pendapatan telah dinaikkan dari RM8,000 kepada RM10,000”

Langkah-langkah permohonan untuk rumah PR1MA amat mudah,

Bagi mereka yang telah memenuhi syarat kelayakan, anda boleh mendaftarkan permohonan dengan mengunjungi laman rasmi www.pr1ma.my.

Sumber : Blog Najib Razak

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Pinjaman 110% Bagi Pembeli Rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *