May 2, 2024

Ajak Anak Anda Belajar Iqra Secara Online Bersama Ustaz Amin Azli

Belajar Iqra Online
Ingat lagi waktu kecil belajar Iqra & Muqaddam dekat masjid dengan arwah Nek Hajjah.

Kini, anak-anak kecil boleh belajar Iqra secara online sahaja. Makin mudah & senang (tak perlu risau kena marah / rotan jika tersalah baca).

Lebih ketara lagi ketika seluruh dunia sedang mengalaman serangan pendemik Convid 19. Hingga memaksa sekolah & institusi ditutup hingga menyukarkan pelajar / mahasiswa meneruskan pengajian seperti biasa.

Disebabkan pendemik ini, alternatif baru diwujudkan.

Kerajaan menggalakan pembelajaran secara alam maya atau online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai pihak menggunakan peluang ini sebaiknya kerana ianya lebih mudah.

Pelajar sekolah dan IPT dapat meneruskan pembelajaran secara alam maya dengan guru dan pensyarah masing-masing.

Meskipun masih terdapat kelemahan pelaksanaan mekanisme ini , namun pembelajaran alam maya dianggap alternatif ketika Malaysia berusaha keras memastikan wabak tersebut tidak terus bermaharajalela.

Ini mendorong Ustaz Amin Azli daripada Kuantan, Pahang mengambil inisiatif memperkenalkan pembelajaran Iqraq secara online semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iqra yang beliau perkenalkan bermula dari Iqra 1 hingga Iqra 6 menerusi saluran youtube diharapkan membantu semua pihak dalam mendalami Al-Quran. Ibubapa disarankan meluangkan masa membantu anak-anak belajar kaedah ini, cuma dengar dan ulang sahaja selama 3 minit setiap hari bagi satu sesi.

“Saya ingin mengajak anda dan keluarga serta para sahabat handai untuk membaca al-Quran bermula dari asas hinggalah boleh membaca al-Quran dengan lancar. Dengan menggunakan kaedah IQRA’ dari buku 1 hinggalah buku 6.” – Ustaz Amin Azli.

Diharap ibubapa / penjaga dapat mempromosikan pembelajaran online ini bagi membantu mereka yang mempunyai anak kecil, tadika dan sekolah rendah dapat mengikuti dari Iqra 1 sehingga tamat di Iqra 6.

Hanya taip “Jom Mengaji IQRA 1 ” untuk Iqra 1 , “Jom Mengaji IQRA 2” untuk Iqra 2 , dan seterusnya, sehingga ke Iqra 6 pada ruang carian di laman Youtube.

Selain itu, untuk pembelajaran secara interaktif, ibubapa juga disarankan memperkenalkan anak-anak kecil dengan animasi Al-Quran seperti pautan berikut :

Semoga pengenalan video ini menerusi saluran youtube dapat merangsangkan minda anak-anak untuk meminati Al-Quran sejak dari kecil ,sepertimana pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jom kita sama-sama promosi saluran ini kepada keluarga dan jiran kita.

Kepada anda yang ingin bertanyakan soalan atau ingin memperdengarkan bacaan untuk Ustaz perbetulkan atau ingin berkongsi pendapat atau pandangan, anda sertai Group Telegram Belajar Al Quran melalui link ini : https://t.me/JomlaNgaji

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Ajak Anak Anda Belajar Iqra Secara Online Bersama Ustaz Amin Azli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *