Cabaran Shell FuelSave 2014 telah tamat secara rasmi.
Dimana Muhammad Kamal Asyraf dinobatkan sebagai juara setelah mencatatkan jarak sejauh 20.64 km bagi seliter Shell FuelSave 95 di Pusingan Akhir.
Meletakkan satu-satunya wakil blogger, Hafiz Rahim selaku juara wilayah tengah berada di tempat ke-3.
Tak pe Bro…!!
Lu kalah tipis je tue, tahun depan cuba lagi. Atau bagi can pada blogger-blogger lain pula he…23x
Dalam Pusingan Akhir yang diadakan di Saujana hari ini, Muhammad Kamal yang juga merupakan pemenang wilayah Pantai Timur bertarung dengan tiga lagi pemenang wilayah, dan akhirnya dinobatkan sebagai juara selepas mengharungi perjalanan berjarak 90km yang ditetapkan.
Cabaran ini telah kembali bagi tahun keenam dan menunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa penjimatan bahan api bukannya sesukar yang dibayangkan dan dapat dicapai menerusi pengamalan Petua Shell FuelSave serta penggunaan bahan-bahan api Shell yang direka untuk tahan lebih lama.
Acara tahunan ini merupakan antara inisiatif Shell Malaysia terpenting untuk menyampaikan mesej berhubung mobiliti bijak kepada beribu-ribu pemandu Malaysia, di samping menunjuk kepada mereka betapa senangnya mereka boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan membuat pilihan pemanduan lebih bijak.
Cabaran yang bermatlamat mencari pemandu yang paling cekap ini bermula pada Julai tahun ini dengan cabaran wilayah di Johor, dan diikuti dengan Penang, Kuala Lumpur dan akhirnya Kuantan.
Keempat-empat finalis telah mengamalkan tip pemanduan bijak yang dipelajari di cabaran wilayah dalam Pusingan Akhir dengan memandu kereta Hyundai-Inokom Elantra 1.6 Sport,
Kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang ditajakan oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.
Anda boleh berkongsi pandangan anda mengenai pilihan pemanduan yang bijak di #ShellFSC.
Sila layari www.shell.com.my/fschallenge untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014.
Tahniah kepada brother Hafiz Rahim..berbaloi juga memang tempat ke-3
Rasa ralat pula sebab tak dapat turut serta turun padang bagi sokongan pada beliau T-T
Tahniah buat Hafiz Rahim..
tahniah buat hafiz rahim..tahun depan boleh cuba lagi..mana tahu dapat no.1 pulak
Alhamdulillah. Rezeki setakat no.3 je. Next year jom kita pakat cuba nasib ramai-ramai. Mana tau top 3 semua rakan blogger.
Susah juga beb… Kena ada blogger wakil selatan, utara dan pantai timur juga…
Tahniah saudara Hafiz. tahun depan siapa tahu rezeki menang hadiah utama pula!
Tahniah Bro Hafiz Rahim..
tahniah abe hafizzzz…. alhamdulillah.rezeki tu
Tahniah kpd Hafiz Rahim.. tmpt ke 3 pun bukan senang nk dpt tu.. Tahniah!
tahniah buat hafiz rahim, memang hebat ni, saingan memang nak sampai final.
tahniah bro :)
Dapat turun memberi sokongan kepada Hafiz Rahim. Tanniah buat beliau dan semua peserta cabaran akhir Shell FuelSave
setengah jam perjalanan pakai seliter jer?? motor boleh, kereta tak pernah try.. hahaha..
tahniah buat dya..
tahniah bro Hafiz Rahim…Alhamdulillah, OK la tu no 3 kan :D
Tahniah kepada pemenang! ^__^
Rosmiza Ali Official Blog™