Baru-baru ini, Bro sekeluarga telah dijemput menghadiri event blogilvy – hari penghargaan buat blogger yang selama ini berkerjasama dengan syarikat Ogilvy.
Majlis diadakan di pejabat mereka di Pusat Bandar Damansara.
Ini merupakan kali ke-dua Bro datang ke sini. Selebihnya, selalu berurusan di bawah pejabat mereka je.
Boleh dikatakan ramai juga blogger yang hadir. Semuanya hadir dengan tema Merah. Kalah Kak Red Mummy kalau macam nie.
Dikesempatan ini,
Bro bawa satu family datang sini. Tak kan nak tinggalkan dorang dekat rumah kan. Sedangkan event Ogilvy selama ini, memang Bro bawa dorang semua.
Pandai pula Baby Fisha beraksi depan kamera.
Terdapat beberapa aktivi diadakan.
Rasanya cuba aktiviti ini sahaja yang Bro sertai. Bukan tak sudi nak bersosial, cuma agak kurang rehat sejak kebelakangan ini. Maaf jika ada rakan-rakan yang hadir, tidak dapat bertegur sapa dengan Bro he…23x
Kalau ikutkan aksi diatas, mesti korang boleh teka apa sebenarnya sedang Bro buat.
Dan mamat ini berjaya meneka dengan jayanya.
Tahniah, tak pasal-pasal dia dapat hadiah casing smartphone berjenama OtterBox. Beratus juga harganya. Bro pula dapat casing untuk iPhone 5, juga dari OtterBox.
Acara kemuncak Blogilvy kali ini.
Adalah penyampaian sijil penghargaan dari pihak Ogilvy yang selama ini berkerjasama dengan mereka. Ini merupakan kali kedua, Bro dapat sijil penghargaan sebagai seorang blogger.
Sebelum ini, Bro terima dari Mejar David Teo – CEO Metrowealth.
Kepada pihak Ogilvy,
Jika ada event atau projek dimasa akan datang. Jangan lupa jemput “Bro Framestone” lagi ek. Terima kasih kerana sudi bekerjasama sejak tahun 2011 dengan blog Bro Framestone.
amboi bukan main keluarga ini bergaya.tahniah bro untuk hadiah dimenangi itu
Oh tang itu kena cakap dengan ummi dia.. semua pakaian dan penampilan disediakan oleh dia.. Bro pakai je
tahniah bro.. anak buat hal… tak dapat datang…
Tak pe… Maybe next time :)
Nak sangat masuk acara belon. Sekali hanya terbuka untuk wanita sahaja. :)
Amboi…. kena pakai tudung kalau macam tue… misai nipis kan?
bro… lu nampak kacak bila terima hadiah tu..
Kacak ke? Rambut dah serabut dah tue… Anak merengek nak balik dah waktu tue
wah..bestnye dapat join even macam tu..
Murah rezeki bila apa yang kita lakukan selama ini dihargai :)
sama macam anak aku jugak la..rambut tak mau panjang lagi ni..dah setahun lebih umur
Tak pe la… Asalkan rambut dia nak tumbuh nanti, jangan tak tumbuh terus pula :)
Tahniah bro dapat hadiah lagi. meriah acaranya ni, memang best.
Hadiah penghargaan je tue… Bukan hadiah kemenangan T-T
Ikutkan, datang nak relax-relax je.. Bagi can pada orang lain. Sekali, nama kena petik
wahhh..maju bro.. maju!! tahniah ye..:)
Tang mana yang maju ek? Perut ek?
semua serba merah tu…memang syok kalau dapat join event2 macam ni…
Tertiba rasa macam dah lama xjumpa Ezad
Wahh meriahnya.. best. Tahniah Bro!
Merah itu menawan..thniah bro..dpt hadiah..hehe
fuh..semuanya warna merah..
Bestnya! Semoga makin murah rezeki bro dengan event2 macam ni ye.. ^^,
Rosmiza Ali Official Blog™