Akhirnya, adik gua yang bongsu secara rasminya telah menamatkan pengajian beliau di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh Perak selepas selesainya majlis konvokesyen beliau baru-baru ini.
Tahniah….!!!
Itu je la Bro nak ucapkan… He…23x
Beliau antara yang menyerlah dalam keluarga Bro.
Paling pandai belajar, paling bijak business dan paling ketara ilmu agamanya. Kiranya ustaz dalam keluarga la.
Sekarang nie, telah berkerja di selatan tanah air dengan salah satu company terbesar di Malaysia.
Murah rezeki dia.
Habis SPM terus dapat tawaran masuk UTP (guna keputusan trial) betul-betul pada hari jadi beliau ke-17 tahun. Habis belajar, mengajar sekejab dekat Sekolah Maahad (dekat je dengan rumah) untuk 3 minggu, terus kena lapor diri ke tempat kerja sekarang.
Dengar cerita tahun depan nak tamatkan zaman bujang.
Betul ke?
Moga dipermudahkan. Kira untung kahwin muda dan ada pekerjaan stabil.
Gambar satu keluarga.
Adik ipar Bro lagi sorang tidak dapat hadir, sebab bekerja.
Digantikan pula dengan bakal adik ipar yang bakal bertunang hujung tahun ini dan tahun depan juga bakal berkahwin. Kahwin serentak ke korang nie?
Apa-apa pun tahniah buat adik Bro yang paling bongsu, sebab berjaya memiliki Ijazah pada usia 22 tahun (hujung tahun baru masuk 23 tahun kan) dan kejayaan ini dijadikan hadiah hari jadi buat emak yang jatuh pada tarikh yang sama dengan majlis konvokesyennya.
Terasa nak sambung belajar.
Tapi…. Entah la….
Seronok tengok rakan-rakan sekelas dan satu group dulu. Dah kerja sampai oversea, dan baru2 nie sorang dah menunaikan haji bersama keluarga.
Tiba-tiba terasa dah tua sangat.
Tapi kenkadang terasa muda sebab beristeri muda he..23x
Alhamdulillah.. tahniah buat adik Bro. Semoga beliau terus berjaya.. aamiin. All the best.. :)
Harapnya macam tue la…
terima kasih ya…
wah..dah graduate ye…alhamdulillah.tahniah kat adik bro..adik saya pun ada belajar kat UTP Tronoh..Sekarang ni baru tahun kedua..
Adik lelaki ke perempuan he…23x
Tanniahlah kepada adik bro. Lepas UTP memang antara graduan terhangat dipasaran dan cepat sahaja disambar oleh majikan. Terutama dari Oil & Gas industry. Mahu berkepuk duit setiap bulan.
Malangnya adik Bro bukan kerja under Oil & Gas….
Tahniah buat adik Bro. Memang murah rezeki. Sejuk perut mak mengandung
Mahu tak sejuk, anak konvo pada hari jadi dia…
ingatkna bro yang konvo
He..23x Nak gak konvo lagi sekali. Tapi nak sambung belajar, otak dah tepu
tahniah buat adik bro. bro mudo lagi boleh je sambung belajar. gambar bawah ry masih serba merah …heee
Merah itu menawan…
Yup masih muda lagi. Tapi otak dah tak sekuat dulu dah.
Alhamdulillah tahniah buat adik bongsu bro..
bagus niat bro tu nk sambung blajar.. :) smentara masih muda ni ok what..
Sementara muda ek… Muda lagi ke Bro nie?
Umur 22 tahun dah dapat ijazah & dapat kerja stabil.. Bertuah betul badan.. Tahniah buat adik bro! ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™