April 24, 2025

10,000 Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA Pada 1 Ogos 2020

Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA
Ada peminat Nasi Lemak Marrybrown tak dekat sini?

Pihak Marrybrown telah mengumumkan bahawa tarikh 1 Ogos 2020 merupakan Hari Nasi Lemak Marrybrown (Marrybrown Nasi Lemak Day).

Maka dengan sebab itu, Marrybrown akan menyediakan 10,000 Nasi Lemak MB secara PERCUMA kepada pelangannya bersama secawan Iced MILO (12oz) pada 1 Ogos 2020 seawal pukul 10 pagi disemua cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian.

Korang boleh rujuk cawangan Marrybrown yang terlibat di SINI.

10,000 Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA

10,000 Nasi Lemak MB PERCUMA akan disediakan di cawangan Marrybrown seluruh negara pada 1 Ogos 2020 bermula dari pukul 10 pagi. Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada mereka yang datang dahulu (first come first serve basis) selagi stok masih ada.

Hanya SATU (1) Nasi Lemak MB dan Iced MILO (12oz) untuk setiap seorang pelangan untuk dituntut. Tawaran ini tidak sah bagi mereka yang menggunakan khidmat penghantaran (delivery).

Tiada bayaran dikenakan untuk Nasi Lemak MB (selagi ianya tidak mencecah 10,000 set), sekiranya anda inginkan extra sambal, RM1.00 akan dikenakan.

Bagaimanapun korang dikehendaki mematuhi SOP sepanjang PKPP dengan memakai penutup muka (face mask) ketika mengunjungi permis Marrybrown.

Pastikan korang menjaga jarak sosial ketika beratur mengambil Nasi Lemak MB Percuma. Jangan lupa untuk daftar masuk sebelum memasuki permis.

Nasi Lemak MB

Untuk pengetahuan korang, Nasi Lemak MB boleh didapati dari harga RM9.30 & didatangkan bersama :-

  • 1 Ketul MB Crispy Chicken
  • Nasi yang dimasak bersama santan & daun pandan
  • Sambal Marrybrown
  • Kacang
  • Ikan bilis
  • Pappadam
  • Hirisan Timun

Untuk maklumat lanjut mengenai menu & promosi dari Marrybrown, korang boleh layari https://marrybrown.com/

Nota Kaki : Tak sabar rasanya nak meraikan Hari Nasi Lemak Marrybrown (Marrybrown Nasi Lemak Day) pada 1 Ogos ini. Jom kita ke Marrybrown..!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “10,000 Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA Pada 1 Ogos 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *