December 15, 2024

Diskaun Pakej Percutian Sehingga 60% di Desaru Coast, Johor

Desaru Coast, Johor
Desaru Coast, Johor menawarkan pakej-pakej percutian dengan diskaun sehingga 60% untuk menggalakkan rakyat Malaysia bercuti secara selamat.

Selaras dengan usaha kerajaan bagi menggalakkan pelancongan dalam negara berikutan pelonggaran kawalan pergerakan, Desaru Coast Destination Resort (“Desaru Coast”), destinasi bersepadu dan terancang yang terbesar di Malaysia mempunyai satu pesanan yang ringkas tetapi bermakna untuk para pelancong dalam negara – “Don’t Join The Crowd” (Jangan Ikuti Kelompok Ramai).

Kempen ini mendorong para pelancong untuk menjauhi kawasan-kawasan yang sesak dengan memanfaatkan tanah terbuka yang berkeluasan 3,900 ekar di sepanjang persisiran pantai 17 km yang bersih dengan pelbagai aktiviti yang terancang untuk keselamatan dan ketenangan minda dalam norma baharu.

Desaru Coast turut memberi keutamaan kepada langkah-langkah keselamatan dengan menghadkan kapasiti di setiap komponen pusat peranginan di samping memberikan ruang terbuka yang luas untuk dinikmati oleh para tetamu, jauh daripada kesesakan kelompok ramai yang biasanya dikaitkan dengan bandar-bandar besar.

The Westin Desaru Coast Resort

Portfolio hotel dan pusat peranginan yang terkenal di dunia (Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Anantara Desaru Coast Resort & Villas), salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia dan pusat persidangan memenuhi keperluan para ahli perniagaan dan pelancong.

Bagi para penggemar golf pula, padang golf kejohanan 9 lubang yang menghadap Laut China Selatan sedia memberikan kepelbagaian permainan yang unik, direka untuk mengutamakan kepuasan permainan pendek yang mantap.

Keseluruhan pusat peranginan destinasi ini dirancang untuk memberikan kebebasan minda yang sempurna bagi proses aspirasi rejuvinasi yang muktamad – semuanya terletak di lokasi yang kaya dengan kepelbagaian alam yang mudah diakses melalui jalan raya, udara dan laut.

Melalui pelbagai aktiviti yang ditawarkan di ruang terbuka yang meluas, Desaru Coast merupakan sebuah destinasi peranginan yang sesuai untuk semua pelancong termasuk mereka yang lebih memilih.

Desaru Coast Malaysia

Para pengunjung boleh menikmati pengalaman percutian yang sukar dilupakan, aman dan yang paling penting sekali, selamat untuk semua. Anda mungkin akan menghadapi masalah untuk meninggalkan tempat ini!

Penjimatan sehingga 60% @ Desaru Coast

Untuk memeriahkan lagi percutian di Desaru Coast, kempen “Don’t Join The Crowd” menawarkan dua pakej percutian yang hebat kepada semua – Sun-tastic Getaway dan Golf Galore @ Desaru Coast – dengan penjimatan sehingga 60%.

Tawaran terhad ini adalah sah sehingga 23 Disember 2020. Namun begitu, tempahan harus dibuat sebelum 31 Ogos 2020.

Nikmati sinaran suria dalam hidup anda – Promosi Sun-tastic Getaway ditawarkan dengan harga bermula dari RM689 untuk penginapan dua hari, satu malam bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak dengan aktiviti terancang di dalam dan juga di sekitar destinasi Desaru.

Pakej ini termasuk penginapan di tiga hotel bertaraf premium – Hard Rock Hotel, The Westin dan Anantara, termasuk kredit sehingga RM100 yang boleh digunakan di dalam pusat peranginan ini.

The Els Club Desaru Coast Ocean Course

Pukulan pemula tanpa had (Unlimited tee-offs) – Bagi penggemar golf, Promosi Golf Galore Desaru Coast menawarkan bilik berkatil kembar dengan harga bermula dari RM799 untuk seorang untuk penginapan dua hari, satu malam.

Pakej ini termasuk penginapan hotel, permainan golf tanpa had di The Els Club Desaru Coast Ocean Course dan juga akses tanpa had ke padang golf 9 lubang, Academy Course dan lapangan sasar.

Stay Well @ Desaru Coast – Langkah Berjaga-jaga Yang Diperketatkan di Desaru Coast Destination Resort

Para tetamu boleh menikmati percutian mereka dengan ketenangan minda sepenuhnya kerana Desaru Coast telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk kesihatan dan keselamatan secara proaktif dengan program Stay Well @ Desaru Coast yang memberi keutamaan kepada proses sanitasi dan keselamatan yang diperketatkan, menjangkaui keperluan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, seperti melakukan saringan suhu badan dan kesihatan, termasuk sesi taklimat dan latihan kepada kakitangan.

Tambahan lagi, hotel-hotel di Desaru Coast memberikan pilihan proses tanpa sentuhan untuk pendaftaran masuk dan akses ke bilik, dan juga menyediakan menu tanpa sentuhan di restoran-restoran di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi Sun-tastic Getaway dan Golf Galore @ Desaru Coast dan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh destinasi ini, sila layari www.desarucoast.com dan Desaru Coast Malaysia Facebook.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Diskaun Pakej Percutian Sehingga 60% di Desaru Coast, Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *