December 15, 2024

Kempen #AyamBersamaMu Bantu Komuniti Orang Asli di Selangor

Komuniti Orang Asli Selangor
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor.

Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.

Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan.

Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,”

kempen #AyamBersamaMu Orang Asli Selangor

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia.

Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *