April 25, 2024

Yogurt Fernleaf Alternatif Sarapan Pagi Kurang Manis & Rendah Lemak

Yogurt Fernleaf
Tidak dinafikan, ramai yang mengelak untuk mengambil sarapan pagi dengan alasan terlalu sibuk dan tidak sempat untuk bersarapan.

Kini, anda boleh mulakan hari anda dengan sihat dan ceria bersama Yogurt Fernleaf baharu.

Ia diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga Malaysia seperti anda yang sentiasa sibuk pada waktu pagi.

Yogurt Fernleaf

Yogurt Fernleaf merupakan keluaran terbaharu dari jenama tenusu Fernleaf, yang mempunyai warisan dan dipercayai sebagai Trusted Goodness oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga mereka sejak 30 tahun yang lalu.

Mempunyai tekstur lembut berkrim, menjadikan rangkaian yogurt baharu ini sebagai pilihan yang lebih sihat dan lazat untuk seisi keluarga.

Yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis.

Yogurt Fernleaf

Yogurt Fernleaf kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia boleh dinikmati begitu sahaja, namun ianya juga enak apabila digabungkan dengan snek sihat yang lain.

Selain sesuai diambil sebagai sarapan, ianya juga sesuai diambil sebagai snek sepanjang hari!

Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga, di mana setiap cawan adalah seberat 110g, berharga RM1.50.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *