Baru-baru ini, Bro bawa family pergi shopping dekat area Cheras. Sebelum balik, perut terasa lapar sangat. Anak waktu itu belum makan tengahari lagi, sebab baru balik dari sekolah.
Puan isteri mencadangkan kami makan di Texas Chicken. Katanya, dah lama Bro tak bawa di makan dekat sana (selalunya, dia pergi makan dengan kenkawan dia).
Disebabkan Bro kurang familiar sangat dengan menu di Texas Chicken, menyebabkan Bro susah nak buat keputusan sewaktu membuat pesanan.
Selamat ternampak iklan Crunchy Deals terpapar pada skrin yang terdapat dalam premis Texas Chicken.
Tengok macam menarik je.
Ada burger, ada bubur, ada ayam goreng, ada wrap. Dah macam set lengkap untuk kami sekeluarga. Eh, biar betul? Tak kan harga per combo RM5.50 je? Harga termasuk dengan air yang boleh direfill pula tue.
Ok, tarik nafas… hembus… tarik nafas balik.. Bila dah kembali tenang, Bro tak teragak-agak untuk buat pesanan :-
- Set Classic Burger – Bro
- Set Tender Wrap – Puan Isteri
- Set 1 Ketul Ayam – Nur Elfyna (dia memang suka makan ayam)
- Set Porridge – Nur Elfisha (dia memang suka hidangan bernasi)
Bro hanya buat pesanan untuk Classic Burger, Tender Wrap & 1 Ketul Ayam sahaja, sebab Nur Elfisha nak makan kentang goreng.
Puan Isteri, memang suka sangat makan Spicy Tender Wrap walaupun setiap kali makan di Texas Chicken dia sudah order ayam goreng Texas.
Katanya, ayam goreng Texas memang sedap (Bro juga tidak menafikannya).
Manakala Tender Wrap ini, dia selalu beli untuk disimpan. Kot-kot terlapar sewaktu memandu atau ketika bekerja (kiranya macam dia buat Tender Warp ini sebagai bekalan makanan dia).
Katanya lagi,
Spicy Tender Wrap ini macam makanan lengkap. Ada tortilla, ayam dan juga sayur didalamnya. Ianya tak berat sangat, dan tidak terlalu ringan
Berbeza pula dengan anak bongsu Bro, yakni Nur Elfyna.
Beliau memang hantu ayam goreng. Suka sangat makan ayam goreng walaupun umur baru 3 tahun. Lagi-lagi kalau ayam goreng itu tadi adalah pedas (spicy).
Cuma, dalam banyak-banyak bahagian ayam goreng, dia lebih menyukai bahagian drumstick.
Dia sorang je boleh habiskan seketul ayam.
Manakala kakaknya, Nur Elfisha hanya makan kentang goreng sebab dekat sekolah dia dah makan banyak (kata cikgu dia).
Bro pula, makan Classic Burger sahaja.
Kalau ikutkan, semua hidangan yang ditawarkan dalam menu Crunchy Deals, Bro suka. Sewaktu artikel ini ditulis, Bro dah mengidam macam nak pergi makan lagi di Texas Chicken.
Puan isteri balik kerja nanti, nak ajak dia pergi makan dekat Texas Chicken. Mesti dia setuju punya lagi-lagi kalau Bro yang belanja.
Untuk maklumat lanjut mengenai Texas Chicken Crunchy Deals, anda boleh layari http://www.texaschickenmalaysia.com atau laman Facebook mereka https://www.facebook.com/TexasChickenMalaysia/
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Sebenarnya… Sepanjang hidup tak pernah lagi makan kat texas chicken nih.. Haha
Ada masa, try la… berbaloi untuk dicuba ;)