January 25, 2025

Acara Tahunan Terkemuka Le French Festival 2018 di Malaysia

Le French Festival 2018
Le French Festival (LFF), acara tahunan Perancis yang terbesar dan terkemuka bakal diadakan di Malaysia bermula 12 April sehingga 20 Mei 2018.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara tahunan ini akan mempersembahkan beberapa program termasuk tayangan filem, konsert muzikal, teater dan persembahan langsung, pesta makanan, dan lain-lain lagi.

Dianjurkan oleh Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia.

Untuk tahun ini, LFF bersama Martell (jenama minuman cognac terkemuka dari Perancis,) mempelawa pengunjung festival untuk “Be Curious” – iaitu meneroka menjangkaui sempadan dan menelusuri pelbagai aspek kebudayaan Perancis.

Alliance Francaise Kuala Lumpur, Jacques Bounin

Menurut Pengarah Alliance Française Kuala Lumpur, Jacques Bounin – Sasaran mereka untuk LFF 2018 adalah mempersembahkan kekayaan warisan dan pemodenan Perancis melalui program-programnya.

Terdapat peningkatan dalam penguasaan Bahasa Perancis berdasarkan keperluan kebanyakan syarikat memerlukan individu yang boleh berbahasa Perancis. Oleh yang demikian, kami berharap festival ini boleh membuka dimensi baharu buat rakyat Malaysia ke arah lembaran penerokaan melalui penggalakan pengalaman budaya Perancis,”

Seperti tahun-tahun sebelumnya, festival filem ini akan berlangsung di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Pada tahun ini, festival ini akan mengembangkan sayapnya ke Johor Bahru, selepas kejayaan penganjuran di Kota Kinabalu buat kali pertama pada tahun lepas.

Le French Festival 2018 - Siti Saleha

Sidang media baru-baru, para media dipertontonkan dengan Filem bertajuk “Back To Burgundy” oleh pihak Golden Screen Cinemas selaku rakan festival filem.

Turut hadir aktres terkemuka Malaysia, Siti Saleha yang membesar dengan filem-filem Perancis serta mempunyai minat terhadap kebudayaan negara tersebut.

LFF 2018 kali ini akan mempersembahkan bakat generasi baharu Perancis serta meraikan golongan muda dengan trend dan hiburan semasa terus dari Perancis, termasuk:

  • Tayangan 16 filem terbaharu untuk Festival Filem (dengan sari kata berbahasa Inggeris),
  • Persembahan beberapa artis muzikal, termasuk kumpulan muzik dengan pengiktirafan antarabangsa dari Perancis,
  • Persembahan teater secara langsung dan pameran fotografi,
  • Beberapa acara Art de Vivre lazim seperti sesi merasa makanan & minuman bersama Martell, kelas memasak, dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Le French Festival, anda boleh layari laman web www.lefrenchfestival.com.my
atau laman Facebook facebook.com/lefrenchfestivalmy.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *