December 12, 2024

Bengkel Bento Bersama Mission : Kembali Ke Sekolah

Mission Back to School Bento Workshop
Baru-baru ini, Bro dijemput menghadiri “Mission Back to School Bento Workshop” bersama beberapa selebriti yang merupakan seorang ibu.

Mereka adalah Indra Balaratnam (Pakar Diet), bersama selebriti ibu Aishah Sinclair dan Sazzy Falak.

Pada bengkel ini, mereka akan berkongsi idea inspirasi dan kreativiti dalam menyediakan Bento dengan cepat dan sihat menggunakan produk Mission seperti wraps, pita, naan dan kerepek.

Produk Mission

Antara produk Mission yang anda boleh temui di pasaran.

Terapkan Imaginasi Dalam Hidangan Bento

Indra BalaratnamMenurut pakar pemakanan Indra Balaratnam, (yang juga seorang ibu kepada seorang anak perempuan berusia 11 tahun, Skyler),

Salah satu pelaburan terbaik ibu bapa boleh buat adalah untuk mewujudkan hubungan yang positif dengan makanan supaya anak-anak mereka membesar menjadi lebih sihat dan yakin.

Dengan sedikit imaginasi, mana-mana ibu boleh membuat bento yang comel dan menyelerakan serta menyihatkan.

Sekaligus membuat si anak mula kurang mengambil snek yang manis, dan makanan ringan.

Kanak-kanak akan mudah teruja dengan banyak perkara, daripada dinosaur, ikan duyung, kereta atau haiwan kecil yang comel, dan mereka suka sesuatu yang berwarna-warni.

Maka, dalam menyediakan Bento,

Tidak mengapa menggabungkan apa yang menarik untuk mereka ke dalam kotak makanan dengan tujuan menggalakkan mereka makan sesuatu yang lebih baik.

Sewaktu bengkel ini, Indra menunjukkan demontrasi penyediaan ‘Chicken and Cheese Quesadillas‘ menggunakan Mission 6-Grain Wraps, dibentuk menjadi dinosaur sedang meragut di taman bunga.

Mission Back to School Bento Workshop
Mission Dinosaur Quesadillas Bento

Taman bunga pula terdiri daripada salad berdaun berselerak dengan bunga yang boleh dimakan.

Disebelahnya pula adalah Sawang Dinosaur terdiri daripada asas Misi Tortilla Chips, kacang campuran dan telur rebus dengan titik berwarna dengan jus ubi bit.

Mission Back to School Bento Workshop Bersama Aishah Sinclair & Sazzy Falak

Mission Back to School Bento Workshop
Aishah Sinclair pula menyediakan Tandoori Chicken Pizza yang menyelerakan dari Mission Wholemeal Pizza Crust dalam bentuk bunga untuk kedua anak perempuannya.

Beliau rajin menyediakan Bento buat kedua orang anak perempuannya dan resipi ini pasti memikat hati mereka.

Beliau sentiasa memotong Mission Wholemeal Pizza Crust kepada bentuk comel menggunakan pemotong cookie dan membuat mereka benar-benar teruja dengannya.

Mission Back to School Bento Workshop

Bagi Sazzy Falak pula, jadual yang sibuk tidak menghalang beliau daripada menyediakan makanan untuk keluarganya.

Buat si kembar, Tiara Rose dan Iman Lily, dia mencipta hidangan enak daripada nachos Mission Original Tortilla Chips diatasnya terdapat avocado yang dihancurkan bersama keju cair, dihidangkan dengan salsa segar.

Disebelah terdapat telur rebus berbentu beruang teddy dan buah-buahan dengan picks haiwan comel.

Bagi beliau, penting dapat melihat anak-anaknya menikmati makanan mereka.

Hidangan dengan asas karbohidrat yang sihat, serba boleh dan mudah untuk dinikmati adalah penting dalam menjaga tenaga yang mereka perlukan sepanjang hari.

Dari sini, guna imaginasi anda untuk hasilkan hidang berwarna yang mengandungi pelbagai rasa, tekstur dan nutrien.

Mission Back to School Bento Workshop

20 rakyat Malaysia bertuah telah dipilih melalui pertandingan di Facebook Mission Foods Malaysia dan juga di Instagram Aishah Sinclair dan Sazzy Falak.

Mereka berpeluang mengambil bahagian dalam Bengkel Bento Bersama Mission : Kembali Ke Sekolah yang berlangsung di The Cooking House Bangsar pada 24 Februari 2017.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Bengkel Bento Bersama Mission : Kembali Ke Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *