April 28, 2024

Pantri #AyamWithU Bantu Komuniti Setempat Yang Memerlukan

AyamBrand Anjung Singgah KL
Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, sebuah rumah transit untuk gelandangan di Jalan Hang Lekiu meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.

Komuniti yang memerlukan di Lembah Klang boleh dapatkan sumbangan di pantri komuniti #AyamWithU di Anjung Singgah dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah.

  • Anjung Singgah, Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur.
  • Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah, No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor.

AyamBrand Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah Selangor

Anda ingin membantu? Sudah tentu boleh!

Anda hanya perlu melawat Pantri Makanan Ayam Brand yang telah ditempatkan di seluruh Malaysia!

Sekiranya anda memerlukan makanan, buka zip pantri makanan dan ambil apa yang anda perlukan sahaja. Anda juga boleh membantu dengan menyumbang barangan yang anda ada di pantri makanan dan tutup zip untuk orang seterusnya.

Barangan yang terdapat di pantri makanan, adalah makanan, walau bagaimanapun, anda juga boleh membantu dengan menyumbangkan minuman, barang-barang runcit dan keperluan asas yang lain.

Ayam Brand akan membantu mengisi semula pantri makanan dengan makanan dalam tin yang digemari ramai dan telah berkerjasama dengan organisasi-organisasi amal di setiap negeri untuk menjalankan pantri komuniti ini.

Berikut adalah senarai lokasi lain pantri makanan #AyamWithU:

  • Terengganu: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
  • Pahang: Baitul Husna Bukit Sekilau
  • Kelantan: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
  • Kedah: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
  • Penang: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
  • Perlis: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
  • Johor: Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
  • Negeri Sembilan: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
  • Perak: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
  • Sabah: Rumah Anak Kesayangan
  • Sarawak: Rumah Amal Nur Murni

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Pantri #AyamWithU Bantu Komuniti Setempat Yang Memerlukan

  1. Alhamdulilah, dah tau mana pantri nya di Johor ni, mudahlah nak datang meyumbang bagi mereka yang memerlukan..tahniah buat Ayam Brand..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *