October 25, 2020

Raya Tahun Ini, Tak Boleh Rentas Negeri Untuk Balik Kampung

Family Broframestone Raya Perak

Gambar raya tahun lepas sebagai pengubat rindu kepada keluarga yang berada jauh di mata.

Tahun ini, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Maka kerajaan melarang kita merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini (2020),” – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Maka untuk menghilangkan kerinduan kepada keluarga, serta saudara. Maka Bro kongsikan beberapa video yang sempat dirakam sewaktu menyambut hari raya pada tahun lepas (2019).

Raya Pertama di Perak, kemudian ke Johor pula. Tak kisah raya kampung belah suami atau isteri dulu. Janji rancang bebetul bagi dapat jumpa dengan semua adik beradik.

Memang Bro sejak kahwin tiada masalah untuk pilih nak raya di mana dulu. Lagipun, pernah je raya tak balik kampung sebab puan isteri perlu bekerja.

Itu pun tak mendatangkan masalah pada Bro,

Sebab masa zaman bujang dulu pun ada masa juga Bro tak balik kampung berhari raya. Cuma menyesal juga lepas tue. Sebab mamak tutup dan terpaksa menziarahi McD untuk menjamu selera hahahaha.

Anyway, Mago raya kali ini, bukan yang terakhir buat kita.

Kasi settle Covid-19 / Corona Virus baru kita boleh sambut raya seperti dulu-dulu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *