Aku ada seorang kawan. Dia blogger, sama seperti aku.
Bila berjumpa kami banyak bercakap pasal dunia blog, pasal dunia media sosial.
Dari segi penulisan, penghayatan, method, skill, teknik dan sebagainya digunakan oleh seseorang blogger, influencer dan serta Key Opinion Leader (KOL) yang biasa dicanang-canangkan oleh pihak PR.
Dia sering berkongsi cerita dan pengalaman berkerjasama dalam industri dan temui orang-orang hebat (dia pun apa kurangnya, hebat juga) serta berpeluang untuk terlibat dalam projek best-best.
Jika di banding dia dengan aku, aku bukan siapa-siapa.
“Sejujurnya aku cakap, aku rasa aku tak bagus mana. Tapi aku sendiri tak faham kenapa orang lain selalu terima tawaran projek yang hebat-hebat. Sedangkan sebenarnya ada yang lebih layak banding aku, tapi kenapa aku yang dipilih?” kata dia kepada aku sambil menghembuskan asap rokoknya terbang ke angkasa.
Terkedu juga bila dengar dia kata begitu. Aku cuba menyusun kata-kata terbaik.
“Sahabat”, kataku. Dia menoleh. Aku sambung semula.
“Dorang pilih seseorang blogger itu ada dua sebab. Pertama kerana dia bagus dan sesuai dengan projek / kempen itu”. Aku diam berhenti melihat reaksinya.
“Terus yang kedua?” Gesanya.
“Yang kedua sebab murah”. Aku pantas membalas.
Lama dia diam. Menyedut asap rokoknya dalam-dalam. Asap rokok dilepas dan hilang di celah-celah semak. Kemudian pelan-pelan dia mengangguk tanda setuju.
“LHDN, bukannya tahu apa yang Blogger seperti kita hadapi”
Nota Kaki : Cerita diolah dari status rakan di facebook dan diselitkan serba sedikit fakta. Gambar pula sekadar perhiasan bagi mencantikan cerita he..23x
Wahh.. ni bukan Khir Khalid MUA tu kan haha..
selain tu bro, ada juga yg sanggup buat tanpa bayaran langsung. Tp ada juga website yg dpt tawaran agensi smpi 5 angka disebabkan jenis pembaca yg dia ada, malah pernah ada klien industri bhg procurement yg cari sendiri segmen dan suggest sesetengah website masuk list kpd agensi yg dia dah hire.. klu rakan industri biasanya ada kepentingan lain yg sama utk klien. Tp cukai semua atas entiti bukan individu. Mcm2.. tu yg aku taula..