December 7, 2024

Sumbang Makanan Untuk Kempen ‘Kind Dining’ & Dapat 20% Diskaun Dari Nando’s

Diskaun 20 Nandos Malaysia

Alhamdulillah, dapat 20% diskaun untuk makan malam ini di Nandos, Citta Mall Petaling Jaya.

Bagaimana Bro leh dapat?

Korang hanya perlu meyumbang makanan kering untuk inisiatif anjuran Nando’s Malaysia dengan mengunjungi mana-mana 72 cawangan Nando’s di seluruh negara yang beroperasi semasa PKP.

Inisiatif yang dikelali sebagai ‘Kind Dinning’ ini melibatkan pengumpulan dan pengagihan makanan tahan lama yang akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP).

Sumbang Makanan 20% Diskaun Nandos

Ia merupakan satu projek komuniti yang diilhamkan oleh Nando’s dengan sokongan rakan strategik badan bukan kerajaan (NGO).

Kesemua sumbangan akan disalurkan kepada Food Bank Malaysia, GoJob MY, Suriana Welfare Society Malaysia, The Lost Food Project dan lain-lain badan NGO.

Korang akan menerima diskaun 20 peratus (max RM15 dalam satu pembelian) ke atas pembelian hidangan Nando’s setelah membuat sumbangan.

Nandos Kind Dining

Barangan yang bersesuaian untuk disumbangkan termasuk bungkusan beras, makanan bertin, minyak memasak, minuman berbotol, susu tepung, bijirin, gandum dan gula.

Semua barang mestilah halal, boleh dimakan dan masih belum melepasi tarikh luput (min 3 bulan sebelum).

Inisiatif oleh pihak Nando’s ini telah berjaya mengumpul makanan bernilai lebih 70,000 dan akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2020. Untuk maklumat lanjut, layari http://nandos.com.my/kinddining/

20% Diskaun Buat Frontliner

Nandos 20 Diskaun Buat Frontliner

Selain itu, Nando’s turut menawarkan 20% diskaun buat pada frontliner yang sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan tambahan semasa wabak Covid-19 melanda negara.

Terima kasih kita ucapkan kepada mereka yang telah berkorban siang dan malam untuk menjaga kita selama ini.

BTW, jika anda nampak mana-mana frontliner tengah makan, cuba tawarkan diri untuk belanja mereka. Ini cara terbaik untuk menghargai pengorbanan mereka selama ini.

Yang penting, kita masih belum menang.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Sumbang Makanan Untuk Kempen ‘Kind Dining’ & Dapat 20% Diskaun Dari Nando’s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *