March 20, 2025

Promosi Pas Tahunan Sunway Lagoon Serendah RM0.40 Sehari

pas tahunan Sunway Lagoon
Biar betul, Sunway Lagoon buat promosi serendah RM0.40 sehari?

Sekarang cuaca kian membahang, inilah masa yang sesuai untuk korang seisi keluarga menyejukkan badan dan berseronok bersama di Sunway Lagoon. Lagipun kita semua telah diberikan kebenaran untuk melancong dalam negara, tak salah Sunway Lagoon dijadikan pilihan destinasi.

Korang tidak perlu berfikir panjang atau memandu jauh untuk bercuti di Sunway Lagoon kerana taman tema ini terletak di tengah kota bandar.

Pastinya tawaran ini tidak dapat korang lepaskan.

Sunway Lagoon mempromosikan banyak tawaran yang menarik serendah RM 0.40 sehari buat pemegang pas tahunan di mana mereka menawarkan pas tahunan Sunway Lagoon selama 3 tahun dengan hanya RM 365.

Bagi pas tahunan Sunway Lagoon selama setahun pula adalah RM 229 manakala bagi pas tahunan selama dua tahun dijual pada harga RM 315. Bagi setiap resit pembelian RM 500 dan ke atas, para pengunjung boleh melakukan pembayaran secara ansuran selama 6 bulan.

Bagi pemegang pas tahunan yang ingin memperbaharui pas tahunan,

Korang layak untuk membeli pas tahunan baru bermula dengan harga RM 199 untuk setahun. Manakala bagi membaharuan pas tahunan untuk 2 tahun dan 3 tahun adalah masing masing berharga RM 279 dan RM 329.

Promosi menarik ini hanya berlangsung dari 20 hingga 24 Ogos di Sunway Pyramid.

Last Sale Anual Pass Sunway Lagoon

Di samping itu, terdapat banyak cabutan bertuah buat pengunjung yang berbelanja lebih RM 450 dalam setiap resit pembelian. Banyak hadiah menarik yang menanti para pengunjung seperti Quack Express, beg kalis air dan banyak lagi.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk membeli pas tahunan Sunway Lagoon di Sunway Pyramid, mereka boleh membeli secara atas talian bermula 25 hingga 28 Ogos di lawan web www.sunwaylagoon.com bagi menikmati promosi istimewa ini.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Promosi Pas Tahunan Sunway Lagoon Serendah RM0.40 Sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *