Alhamdulillah baru selamat tiba ke Pulau Pinang sempena FAMTrip Canon Get Closer pada minggu ini.
Sebagai rakan media, kami ditempatkan untuk bermalam di Four Points by Sheraton, Penang sebelum pulang semula ke ibu kota, Kuala Lumpur.
Kepenantan bangun seawal pukul 4 pagi untuk berada di KLIA 2 seawal pukul 7 pagi, agak memenatkan.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kami dibawa terus ke Art Camera Museum, Penang sebelum menikmati makan tengahari dan kemudian daftar masuk di Four Points by Sheraton, Penang.
Waktu terima kunci bilik, Apa yang berlegar dikepala Bro hanyalah bantal dan katil empuk.
Bilik di Four Points by Sheraton, Penang
Masuk sahaja bilik,
Memang terbaik la bilik yang mereka berikan kepada Bro dan rakan-rakan yang lain.
Sorang satu bilik.
Apa macam, tergoda tak dengan biliknya… Terutama tang katilnya.
Malangnya, Bro tak dapat bilik yang pemandangannya menghadap laut. Tengok kereta lalu lalang pun ok, lagipun bilik Bro berada di tingkat 1.
Port terbaik untuk melepak atau tidur kejab.
Kalau tidur atas katil, gamaknya memang terlajak tidur dan tak sedar apa-apa dah.
Meja kerja merangkap Work Station Bro sepanjang Bro berada di sini.
Besar dan selesa. Tapi bila pandang depan, nampak muka sendiri. Ada cermin besar, hope memalam buat kerja.. Tak de la nampak apa-apa “benda” dibelakang bila pandang pada cermin dekat depan ini.
Kemudahan di Dalam Bilik Four Points by Sheraton, Penang
Macam biasa, mini bar disediakan bersama minuman pilihan Bro. Semestinya Nescafe….!!!
Iron dan Iron Board disediakan didalam bilik.
Maka tak perlu bersusah payah call receptionist untuk mintak iron atau pergi ke bilik iron yang disediakan (disini tak pasti ada ke tidak bilik iron itu).
Selain peti besi, turut disediakan lampu suluh sekiranya berlaku kecemasan.
Disini, Bro kongsikan maklumat untuk rujukan anda sekiranya anda ingin datang ke sini.
Four Points by Sheraton, Penang
505 Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Bungah
11200 Penang,
Malaysia
Tel : 604-3718888
Website : www.fourpointspenang.com
*****************************************
Kejutan dari pihak Canon Malaysia buat rakan media yang turut serta dalam FAM Trip kali ini.
Bagi Bro selaku admin blog Bro Framestone mengucapkan terima kasih atas layanan yang diberikan sepanjang kami menyertai FAM Trip kali ini.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Bertuah badan dapat menghadiri FAM Canon di Penang.
wahhh bestnyeeeeeeeeeee
macma best juga hotel penginapan bro nie
Sheraton brand yang ada kat Indonesia pun memang best service mereka
Assalammualaikum… bro,
mselim3 tgk suasana kat tempat bro menginap nie,,, best lah pemandangan cantik dan bilik pun kemas, bersih…. boleh visit sini kalau naik penang…
mselim3
best nyee untung laa dapt hadir ke sana….sy xberpeluang lagi..hehe