July 25, 2024

Dato’ Fazley Yaacob Berkongsi Menu Berasaskan Buah Blueberry

US Highbush Blueberry Council
Baru-baru ini Chef Selebriti Dato’ Fazley Yaacob yang juga juara Masterchef Selebriti Malaysia 2002 telah berkongsi beberapa menu berasaskan Blueberry @ Beri Biru.

Beliau mengakui memang suka menikmati bluberry sejak kecil lagi dan menggalakan pengambilan beri yang menyihatkan ini sebagai amalan diet pemakanan keluarga.

Beliau ditemui sewaktu majlis pelancaran “Your Berry Best Friend” sebagai kempen tahun 2020 meraikan kedatangan musim buah ini oleh US Highbush Blueberry Council.

Majlis ini turut dihadiri oleh Willian Verzani dari Atase Pertanian Kedutaan AS, Jabatan Pertanian AS ,Rowena Ngumbang Pakar Pemasaran Pertanian, Perkhidmatan Pertanian Luar Negeri , Jabatan Pertanian AS dan Retna Malar, Wakil Malaysia untuk US Highbush Blueberry Council dan Pengarah Pengurusan ‘All About Fresh Produce’.

Menu Berasaskan Blueberry Dari Dato’ Fazley Yaacob

Menu Blueberry Dari Dato Fazley Yaacob

“Blueberry juga enak dimasukkan dalam menu Malaysia seperti cekodok yang memberikan lebih kelazatan kepada masakan. Menggunakan blueberry sebagai ramuan juga mendorong kita untuk menjadi kreatif bila memasak.”

Blueberry Dari Dato Fazley Yaacob

Hidangan Blueberry Dari Dato Fazley Yaacob

Menu Blueberry Dato Fazley Yaacob

Untuk pengetahuan anda,

Blueberry terkenal sebagai buah imuniti dan ‘super fruit’ yang kaya dengan anti oksidan. Beri biru ini terbukti dapat merangsang kesihatan jantung, mengelakkan kanser dan meningkat imuniti badan dan pelbagai khasiat kesihatannya yang lain.

Ia mengandungi 80 kalori dalam setiap hidangan dan mengandungi vitamin C untuk pertumbuhan dan pekembangan tisu badan dan juga vitamin K untuk meningkatkan metabolisma tulang dan melancarkan darah.

Menurut Willian Verzani, blueberry iaitu buah asli berasal dari Amerika Utara melakar legasi lebih 100 tahun membantu masyarakat lebih sihat dan kehidupan sempurna.

“Cuaca sempurna dan tanah yang terbaik telah menghasilkan US Highbush blueberry yang lazat dan berkhasiat.

Senarai manfaat kesihatannya yang panjang menjadikan blueberry sebagai ‘super fruit’ yang sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi hingga warga tu. Memang benarlah ia adalah “Your Berry Best Friend”,beri sahabat baik anda”.

Untuk maklumat lanjut mengenai US Highbush Blueberry Council, anda boleh layari laman web – www.blueberrycouncil.org

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *