Korang nak menang baucar tunai bernilai RM50 dari The Chicken Rice Shop (TCRS)?
Dalam usaha untuk menerapkan semangat patriotisme dan nasionalisme sempena Bulan Merdeka tahun ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) mengadakan Peraduan Merdeka & Hari Malaysia yang akan berlangsung dari 10 Ogos – 16 September.
Peraduan ini bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain.
TCRS bertekad untuk menyemarakkan semangat patriotism dan selain itu, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapat ganjaran hanya dengan memuat naik foto atau video di media sosial (Facebook atau Instagram) yang menggambarkan kebanggaan masing-masing sebagai seorang anak Malaysia.
“Merdeka tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas. Ia lebih daripada membuktikan nilai patriotisme; kami menerima kepelbagaian dan perbezaan antara satu sama lain sambil meraikan persamaan. Kami mahu rakyat Malaysia meluahkan rasa cinta pada negara dan buktikan kebanggaan mereka sebagai seorang warganegara Malaysia.
Ini adalah cara kami untuk menunjukkan dan menyebarkan rasa cinta kepada negara bersama para pelanggan yang kami sayangi dan kami berharap bahawa melalui inisiatif ini, kami dapat benar-benar menghargai hari istimewa ini bersama-sama," – Cik June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd.
Baucar RM50 + TCRS Merdeka Little Chick Doll Untuk 63 Pemenang Bertuah
Dengan harapan untuk meraikan semangat kebersamaan, TCRS akan memilih 63 pemenang bertuah untuk menerima baucar tunai TCRS bernilai RM50 dan TCRS Merdeka Little Chick Doll eksklusif.
Semua peserta diminta untuk tag @thechickenriceshop, bersama #ayammalaysian #TCRS, dan menetapkan profil kepada umum agar layak menyertai peraduan ini.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, korang boleh layari www.thechickenriceshop.com