May 21, 2025

Immersive Winterland, i-City Bawa Anda Terokai Alam Dimensi Ketujuh

Immersive Winterland

Immersive Winterland, iCity telah dibuka menjadikan ia pusat pengalaman imersif yang pertama di Malaysia menggabungkan teknologi, hiburan, dan seni secara serasi untuk menyampaikan pengalaman deria yang benar-benar mengasyikkan.

Berbeza daripada pusat hiburan yang sedia ada, Immersive Winterland menerokai alam dimensi ketujuh.

Berbeza dengan pengalaman 5D biasa, Immersive Winterland ini menawarkan tahap penglibatan deria yang lebih dan kompleksiti teknologi yang lebih tinggi, menggabungkan simulasi pergerakan yang lebih rumit untuk memberikan pengalaman yang benar-benar menyeluruh dan memukau.

Kemuncak pengalaman pusat hiburan di i-City, Shah Alam itu adalah permainan 360° Immersive Explorer di mana seseorang pengunjung akan dapat mengalami pengalaman menaiki pesawat yang merudum dari tebing salji ke lautan terbuka dan banyak lagi secara tujuh dimensi.

King Kong Immersive Winterland

Bagi pengunjung yang memasuki Immersive Winterland juga akan dihantar ke alam di mana makhluk-makhluk purba musim sejuk hidup semula. Mereka juga dapat merasai simulasi sukan musim sejuk seperti Skii Scape dan Snowballing.

Projeksi digital bunga-bungaan yang berwarna-warni dan haiwan-haiwan yang realistik turut menceriakan interior Immersive Winterland, merangsang deria dan imaginasi para pangunjung.

Pengalaman ini melampaui visual. Ia meransang deria para pengunjung dengan pelbagai suhu, sensasi taktil, dan landskap bunyi yang menarik yang dicipta oleh teknologi audio spatial yang canggih.

Dream Ball Immersive Winterland i-City
Salah satu permainan yang ada di Immersive Winterland, i-City

Di dalam Immersive Winterland, pengunjung akan mendapat pengalaman:

  • Immersive Ski Simulator: Simulasi ski imersif pertama di Malaysia menawarkan pengalaman ski yang tulen, memberikan peluang yang jarang-jarang dapat dirasai penduduk tempatan untuk merasai keghairahan sukan ini.
  • Immersive Snowball Simulator: Tarikan yang menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk menggulung bola salji dan terlibat dalam persaingan yang mesra ini mendorong persaudaraan dan persaingan sihat.
  • 360° Immersive Explorer: Menawarkan pengalaman tujuh dimensi melalui realiti tambahan dan maya tanpa perlu kaca mata, tarikan unik ini menonjol kerana sifatnya yang mengasyikkan.
  • Immersive Exploration Cave: Memaparkan pergerakan makhluk purba dan membolehkan penglibatan interaktif. Gua ini membolehkan para pengunjung untuk belajar mengenai makhluk purba yang pernah mendiami Bumi.
  • Blossom Odyssey: Menyediakan penjelajahan yang mempesonakan dalam dunia bunga, pengalaman ini menceritakan kecantikan budaya bunga-bunga pelbagai musim.

Immersive Winterland i-City

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui kerjasama awam-swasta program ESG i-City, ‘One Shah Alam, One Destination’ telah memberikan manfaat RM8.4 juta dalam bentuk tawaran diskaun harga rendah pakej aktiviti keluarga semasa cuti sekolah sebagai usaha memupuk semangat kekeluargaan dalam masyarakat.

Tawaran diskaun harga rendah pakej aktiviti keluarga ini akan memanfaatkan 100,000 keluarga MADANI di Malaysia dan memberi peluang untuk mereka memupuk ikatan keluargaan yang lebih erat dengan menyertai aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang ditawarkan di i-City termasuk di Immersive Winterland.

Tiket ditawarkan pada kadar subsidi bermula dari RM120 antara 1 Disember tahun ini hingga 31 Mac tahun depan. Tiket dengan tawaran diskaun harga rendah ini boleh didapati di https://iticket.i-city.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Immersive Winterland, i-City Bawa Anda Terokai Alam Dimensi Ketujuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *