April 29, 2024

Skyline Luge Kuala Lumpur Buka Secara Rasmi Pada 9 September 2023

Pengalaman Skyline Luge Kuala Lumpur

Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL), sebuah taman aktiviti yang mesra keluarga telah mengumumkan pra- pembukaan kepada orang ramai bermula dari 9 Disember!

Hab hiburan seluas 50 ekar itu terletak di Gamuda Luge Gardens, iaitu di tengah-tengah koridor kemajuan utara Lembah Klang. Sebagai tambahan terbaharu kepada landskap hiburan bandar, ia menjanjikan pengembaraan yang sukar dilupakan untuk para pengunjung dari segenap lapisan umur.

Skyline Luge diasaskan di New Zealand pada tahun 1985, dan Skyline Luge Kuala Lumpur merupakan yang pertama di Malaysia, serta tapak Luge yang kelapan di seluruh dunia dan yang kedua di Asia Tenggara.

Taman aktiviti ini menampilkan jumlah trek sepanjang lebih 1.6 kilometer, terdiri daripada empat trek dengan tema berbeza, iaitu Legenda, Ultra, Graviti dan Ekspres, yang setiap satunya menjangkau sehingga 650 meter.

Ciri keunikan taman ini terletak pada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline, yang disirami lampu LED bergerak yang penuh keajaiban. Alamilah Night Luge, satu pengalaman unik dengan trek bermandikan warna-warni pada waktu malam.

Skyline Luge adalah mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur, sekali gus menyediakan satu aktiviti ideal untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga. Selain itu, tingkatkan pengalaman anda dengan helmet RFID bebas tangan, bagi merakam semua memori indah melalui foto dan video automatik ketika anda memecut di trek.

SkyRide Skyline Luge Kuala Lumpur
Anda perlu menaiki Skyride pergi ke puncak untuk bermain Luge

Harga Pakej Skyline Luge KL

  • Five Luge Rides + Skyride : RM80.00
  • Four Luge Rides + Skyride : RM70.00
  • Three Luge Rides + Skyride : RM60.00
  • Two Luge Rides + Skyride : RM50.00
  • Child Doubling (Untuk kanak-kanak antara 85cm – 110 cm di bawah umur 6 tahun sahaja) : RM25.00
  • Skyride Return (Jualan secara eksklusif di kaunter SAHAJA) : RM20.00

*Tiket kombo hanya dipakai untuk kegunaan individu dan tidak boleh dipindah milik.

Terdapat had umur atau ketinggian untuk kanak-kanak yang ingin menunggang Luge secara solo. Tetamu mesti sekurang-kurangnya 110cm tinggi untuk menunggang Luge secara bersendirian. Jika tidak, mereka dengan ketinggian 85cm – 110cm boleh berkongsi Luge dengan seorang dewasa.

Bagi Skyride (chairlift), tetamu yang melebihi 136cm boleh menaiki Skyride secara bersendirian, manakala penunggang antara 85cm – 135cm perlu ditemani orang dewasa.

Skyline Luge Kuala Lumpur Price

Waktu operasi rasmi adalah seperti berikut:

Khamis hingga Selasa : Dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang
Jumaat, Sabtu, dan Ahad : Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam
Rabu : TUTUP (kecuali pada cuti umum dan sekolah)

Selain menjadi tambahan penting kepada pembangunan Gamuda Gardens, Skyline Luge juga menjanjikan keriangan untuk semua, tidak kira para pencinta pengembaraan ataupun seisi keluarga.

Dalam suasana meriah yang dikelilingi pelbagai tarikan Gamuda Luge Gardens, pengunjung bukan sahaja dapat mengalami keseronokan Luge yang memacu adrenalin, tetapi juga tarikan FunPark yang mesra keluarga, serta Big Bucket Splash, tarikan permainan air yang menyeronokkan.

Ketiga- tiga tarikan hebat ini akan mengesahkan status Gamuda Luge Gardens sebagai satu destinasi terulung yang menyatukan pengembaraan, hiburan dan keseronokan yang tiada bandingan untuk
semua peringkat umur.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman Luge dan mencipta kenangan manis di Skyline Luge Kuala Lumpur bersama rakan dan keluarga tersayang! Jom dapatkan tiket anda secara dalam
talian sekarang!

Skyline Luge Kuala Lumpur’s Official Social Media Accounts

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *