
Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, LEGOLAND® Malaysia Resort mengajak keluarga di seluruh negara untuk meraikan musim perayaan dengan cara paling kreatif — binaan demi binaan.
Bermula 22 Januari hingga 22 Februari 2026, resort ini berubah menjadi taman perayaan berwarna-warni bertemakan “Garden of Prosperity”, menggabungkan tradisi Lunar New Year dengan imaginasi dunia LEGO dalam sambutan selama sebulan.
Terletak di Iskandar Puteri, LEGOLAND Malaysia dihiasi dengan tanglung merah bercahaya, bunga sakura yang berkembang mekar serta pelbagai instalasi LEGO yang memeriahkan suasana. Tarikan utama sudah tentu sebuah arca LEGO® Kuda setinggi 2.4 meter, simbol kekuatan, pembaharuan dan tuah.

Diinspirasikan daripada set LEGO 40779 Year of the Horse Chinese Zodiac Limited Edition, kuda megah ini membawa skrol berkat, menjadikannya lokasi bergambar wajib untuk keluarga dan peminat LEGO.
Inti utama sambutan ini ialah pengalaman interaktif yang menggalakkan tetamu untuk membina, bermain dan meraikan bersama.
Pengunjung boleh mendapatkan kad aktiviti dan menjelajah taman tema sambil menyelesaikan cabaran kreatif untuk membuka keajaiban “Garden of Prosperity”.

Antara aktiviti menarik termasuk Build-A-Horse, di mana kanak-kanak boleh membina simbol tenaga, keberanian dan tuah mereka sendiri.
Di stesen LEGO Orange Tree Making, tetamu boleh membina pokok limau yang melambangkan kemakmuran dan kegembiraan untuk dibawa pulang. Sementara itu, LEGO Chinese Calligraphy Mural menggabungkan budaya dan kreativiti melalui seni binaan berinspirasikan kaligrafi Cina.
Aktiviti kegemaran ramai seperti Minifigure Trading turut kembali, manakala LEGO Horse Post & Win memberi peluang kepada pengunjung memuat naik gambar bersama arca kuda utama untuk memenangi hadiah mingguan.
Spring Festival Spectacular

Kemuncak perayaan berlangsung dari 17 hingga 22 Februari 2026 menerusi Spring Festival Spectacular, menampilkan persembahan kebudayaan bertenaga dengan sentuhan LEGO.
Pengunjung boleh menyaksikan Tarian Singa, Tarian Naga, aksi akrobatik tiang tinggi, persembahan penukar wajah Cina, paluan gendang purba, muzik oriental secara langsung serta aksi pejalan tinggi (stilts walker).
Persembahan harian seperti Brick of Prosperity, Lunar Beats Spectacular, dan Finale of Fortune pula menampilkan muzik, warna dan elemen interaktif yang meraikan perpaduan, kegembiraan dan permulaan baharu.
Fortune Fest: Hadiah Kemakmuran Menanti
Kemakmuran bukan sekadar tema, malah hadir dalam bentuk ganjaran. Sepanjang 17 hingga 22 Februari, menerusi Fortune Fest, pengunjung yang berbelanja RM188 atau lebih dalam satu resit di outlet terpilih berpeluang memenangi set LEGO bernilai sehingga RM800.
Jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM10,000, menjadikan pengalaman perayaan lebih menyeronokkan.
Promosi Istimewa untuk Keluarga
Bagi menjadikan sambutan ini lebih berbaloi, LEGOLAND Malaysia turut menawarkan promosi istimewa untuk tiket harian dan Pas Tahunan untuk tempoh terhad.
Keluarga yang mahu menikmati keseronokan sepanjang tahun boleh memilih Family Annual Pass Bundle, di mana pembelian minimum tiga Triple Park Annual Pass membolehkan penjimatan eksklusif.
Dengan dekorasi perayaan yang imersif, aktiviti binaan LEGO, persembahan budaya serta peluang memenangi hadiah, sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di LEGOLAND Malaysia Resort menjanjikan pengalaman keluarga yang penuh keceriaan sambil mengukir kenangan indah bersama.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari LEGOLAND Malaysia Resort Website atau Facebook dan Instagram.
Keywords :
- LEGOLAND Malaysia Tahun Baharu Cina,
- Tahun Kuda 2026 Malaysia,
- Garden of Prosperity LEGOLAND,
- aktiviti LEGOLAND Malaysia,
- promosi LEGOLAND Malaysia

