February 16, 2025

Proton S70 Dilancarkan Dengan Harga Bermula Dari RM73k

Pelancaran Proton S70 Malaysia

Pengeluar kereta nasional PROTON telah melancarkan Proton S70, kereta sedan generasi baharunya yang bergaya dan dinamik dengan harga bermula dari RM73,800.

Acara ini telah dirasmikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian. Turut hadir ialah Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengerusi DRB-Hicom, Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON, Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, dan En Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Pelancaran Proton S70 ini menandakan kembalinya jenama itu ke pasaran sedan segmen C serta menambah
bilangan model yang dibangunkan bersama Geely kepada empat.

Pembangunan Proton S70 melibatkan proses yang menyeluruh menunjukkan komitmen PROTON terhadap inovasi dan kerjasama rapat dengan ekosistem automotif Malaysia dengan mendapatkan bekalan tempatan.

Secara keseluruhan, 260,000 jam telah digunakan oleh jurutera R&D PROTON untuk mereka bentuk dan pembangunan Proton S70.

Sama seperti mana-mana model baru, Proton S70 telah menjalani ujian yang ketat oleh jurutera PROTON bersama rakan sekerja dari Geely. Ujian tersebut melibatkan uji pandu di jalan raya sejauh 1.2 juta kilometer.

Proses ini menggambarkan dedikasi syarikat untuk memberikan kereta sedan yang dihasilkan dengan teliti kepada pembeli produk berkualiti.

Proton S70 – Intelligence That Evolves

Varian Proton S70 Malaysia

Proton S70 boleh didapati dalam empat varian – Executive, Premium, Flagship, dan Flagship X.

Dua varian teratas dilengkapi dengan perintah suara “Hi PROTON”, menyediakan ciri-ciri seperti navigasi dalam talian, penstriman muzik dalam talian, dan ramalan cuaca melalui unit hiburan bersaiz 12.3 inci.

Tambahan pula, aplikasi PROTON Link membolehkan enjin dihidupkan dari jauh untuk menyejukkan kabin.

Enjin Proton S70

Setiap Proton S70 telah dikuasakan oleh enjin turbo 1.5L, yang memberikan kuasa sebanyak 150PS dan tork sebanyak 226Nm.

Enjin canggih yang juga digunakan dalam Proton X50 telah berjaya dipadankan dengan transmisi dwi-kopling 7-kelajuan untuk meningkatkan kecekapan, tindak balas, dan prestasi pemanduan keseluruhan.

Ia turut menawarkan penampilan ciri-ciri tersendiri seperti lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang, rim aloi bergaya 17 inci, ‘sunroof’, dan bar lampu belakang.

Menitikberatkan keselesaan, Proton S70 dilengkapi dengan tempat duduk kulit sintetik dengan tempat duduk pemandu yang boleh diubah kuasa dan ventilasi udara belakang.

Dianugerahkan penarafan keselamatan 5 bintang oleh ASEAN NCAP, Proton S70 turut mempunyai senarai ciri keselamatan yang komprehensif termasuk 6 beg udara SRS, rangkaian yang luas dari 13 ciri Sistem Bantuan Pemandu Advanced Level 2 (ADAS).

Ini merangkumi sistem keselamatan aktif dan kognitif dengan ciri-ciri penting seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Pelayaran Pintar (ICC), Maklumat Papan Tanda (TSI), dan Bantuan Kekal Laluan (LCA). Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) memastikan ketenangan fikiran pemandu, dan Kamera 360 dengan Paparan 3D untuk keselesaan semasa parking.

Harga dan Pakej Proton S70

Proton S70 White Varian

Pembeli Proton S70 akan menerima pakej lengkap yang bermanfaat untuk pengalaman pemilikan yang dipertingkatkan.

Pakej Standard termasuk jaminan kilometer tanpa had selama 5 tahun dan enam kali servis buruh percuma. Pelanggan yang memilih varian Flagship dan Flagship X juga akan menerima pakej data 1GB/bulan selama 5 tahun.

Selain dari itu, Proton Commerce menawarkan kadar faedah pembiayaan rendah bermula dari 2.34% setahun dan pelanggan akan menerima pelbagai kelebihan jika Proton S70 mereka menggunakan Program Insurans PROTON.

Kelebihan ini termasuk juga pelepasan kos penambahbaikan sehingga 10 tahun, perlindungan nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun, insuran menyeluruh untuk semua pemandu yang diluluskan, perlindungan kunci kereta sehingga RM1,000, insuran bantuan banjir sehingga RM1,000, perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM15,000 dan bantuan kecemasan tepi jalan serta penundaan 24/7.

3,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan kenderaan mereka bermula 29 Februari 2024 akan menikmati ganjaran tambahan. Mereka yang memilih varian Flagship X akan menerima aerokit bernilai RM3,130 manakala pelanggan varian Premium dan Flagship layak untuk baucar perkhidmatan bernilai RM500.

Semua pembeli juga akan menerima kelebihan dari tambahan Program Insurans PROTON yang terdiri daripada perlindungan khas terhadap risiko khas pada Tahun Pertama secara percuma.

Proton S70 harga atas jalan (OTR) tanpa insuran:

  • PROTON S70 1.5T Executive – RM 73,800
  • PROTON S70 1.5T Premium – RM 79,800
  • PROTON S70 1.5T Flagship – RM 89,800
  • PROTON S70 1.5T Flagship X – RM 94,800

Pilihan warna untuk Proton S70 ditawarkan mengikut varian yang dipilih iaitu Snow White, Armour Silver, Space
Grey, Passion Red, Marine Blue, Quartz Black, dan penambahan terbaru, Teal Bayou Green.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *