May 21, 2024

Berjaya Food Trading Lancar STAR KOMBUCHA di Malaysia

Star Kombucha Malaysia

Berjaya Food Trading Sdn Bhd (BFT) membawa pembaharuan dalam segmen minumannya menerusi pelancaran STAR KOMBUCHA.

Untuk pengetahuan anda,

Berjaya Food Trading Sdn Bhd (BFT) merupakan subsidiari milik penuh Berjaya Food Berhad, yang terkenal dengan pilihan meluas produk termasuk Joybean Soymilk dan rangkaian sedia dimakan, teh ais sedia Diminum Dilmah, minuman Australia Manuka Honey dan aiskrim KELAVA berasaskan tumbuhan.

STAR KOMBUCHA merupakan jenama kombucha premium yang dibru di Vietnam ini kini boleh didapati di Malaysia dan menjanjikan alternatif yang menyegarkan bagi memenuhi selera rakyat di negara ini.

Untuk kawalan kualiti yang ketat, STAR KOMBUCHA dibru di fasiliti berteknologi tinggi menggunakan teh hitam dan hijau organik, tebu mentah, buah-buahan segar, dan SCOBY (kultur simbiotik bakteria dan yis) yang disahkan oleh FDA.

Diseduh dengan penuh teliti selama 30 hari dalam jumlah kecil dengan bahan-bahan semulajadi terbaik yang terdapat di seluruh dunia, STAR KOMBUCHA menawarkan kombucha yang ringan berkarbonasi, sesuai untuk pengguna dari pelbagai segmen.

Selain itu, STAR KOMBUCHA diiktiraf halal oleh JAKIM, memenuhi citarasa pelbagai pengguna.

Profil rasa yang konsisten serta gabungan sempurna dengan jus buah sebenar telah membolehkan STAR KOMBUCHA menerima pengiktirafan Aurora International Taste Challenge pada tahun 2023.

STAR KOMBUCHA mengandungi gula semulajadi daripada buah-buahan segar, menghasilkan kombucha yang kurang manis dengan hanya 8g gula bagi setiap hidangan. STAR KOMBUCHA bukan sahaja minuman semulajadi yang menyegarkan. Ia mempunyai kandungan probiotk dan antioksidan.

Bahan-bahan ini ideal dalam menggalakkan kesihatan sistem penghadaman, memperkukuhkan sistem imun dan membantu pengurusan berat badan. Hanya dapatkan minuman ini untuk menikmati pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkan!

Star Kombucha

Rangkaian STAR KOMBUCHA menawarkan rasa menyeronokkan yang diadun dengan teliti agar bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

Pilihlah rasa Beri Biru (Blueberry), Mangga (Mango), Markisah (Passion fruit) dan Laici (Lychee), setiap satu menawarkan rasa unik dan menyegarkan.

Dengan harga yang ditawarkan daripada RM8.90 sehingga RM9.90 setiap tin, STAR KOMBUCHA memastikan terdapat pilihan sempurna untuk setiap selera. Menambah tarikannya, STAR KOMBUCHA didatangkan dalam tin aluminium yang 90% boleh dikitar semula, menjadikan ia pilihan yang lebih mesra alam untuk semua.

Pembungkusan yang mudah ini memastikan anda boleh menikmati manfaat STAR KOMBUCHA pada setiap masa.

Anda boleh mendapatkan STAR KOMBUCHA di pasar raya terkemuka dan kedai-kedai serbaneka utama seperti AEON, AEON BiG, AEON MaxValu, B.I.G, Emart24, ISETAN, Kenny Rogers ROASTERS, Pandamart, Paris Baguette, 7-Eleven, Starbucks, Village Grocer dan sebagainya.

Untuk merasai pengalaman terbaik STAR KOMBUCHA, pastikan ia sejuk sebelum diminum. Kongsikan kepuasan dan kesegarannya bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi platform media sosial rasmi STAR KOMBUCHA di https://www.instagram.com/starkombucha.my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *