September 9, 2024

Pawagam IMAX Terbesar Dibuka di TGV Sunway Velocity

Pawagam IMAX Terbesar di TGV Sunway Velocity

TGV Cinemas memperkenalkan pawagam IMAX terbesar di Malaysia dengan Sistem Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV Sunway Velocity.

Dengan Sistem Laser IMAX ini, kualiti gambar kini lebih tajam, jelas, dan hidup untuk visual realistik pada skrin besar.

Selain itu, Teknologi Bunyi 12 Saluran ini turut meningkatkan lagi pengalaman menonton filem di mana penonton kini dapat merasai setiap detik, dari bisikan paling lembut hingga raungan paling kuat.

Sebagai pawagam IMAX terbesar di Malaysia, TGV Sunway Velocity bersedia untuk menetapkan tanda aras baru dalam menonton filem, menawarkan pengalaman bunyi yang immersif dan multidimensional yang lebih realistik, serta kualiti gambar yang lebih cerah, lebih hidup, dan memiliki kontras warna yang lebih mendalam.

“Kami amat bangga untuk memperkenalkan IMAX dengan Sistem Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran ini di TGV Pavilion Bukit Jalil baru baru ini, yang merupakan sebuah pencapaian baharu kami.Kini, kami teruja untuk menjadi pawagam pertama di Malaysia untuk membawa pengalaman IMAX terbesar dan terkini kepada penonton kami di TGV Sunway Velocity.

Matlamat kami adalah untuk menjadikan pawagam kami sebagai pilihan tempat untuk meluangkan masa bersama rakan, keluarga, dan insan tersayang. Di TGV Cinemas, kami sentiasa ingin maju ke hadapan dengan memperkenalkan pengalaman baharu dan menarik secara konsisten kepada penonton kami. Kami ingin menerajui inovasi sinematik dan menyediakan pengalaman tontonan filem terbaik di lebih banyak lokasi yang akan datang.” – Tan Lay Han, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas.

Rasai pengalaman IMAX terbesar dengan Sistem Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV Sunway Velocity hari ini!

Layari tgv.com.my untuk maklumat lanjut.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *