January 26, 2025

Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand™ #AyamBersamaMu

Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand™

Ayam Brand™ kini kembali dengan inisiatif tahunannya, Kempen Komuniti Penyayang 2023 bertemakan #AyamBersamaMu yang berkonsepkan ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™.

Kempen ini akan mendekati lebih 1,000 kanak-kanak dari 25 organisasi bukan kerajaan di tujuh negeri untuk menyediakan bekalan makanan selama dua bulan atau kira-kira 35,028 makanan berkhasiat.

Dianggarkan sehingga 5.6 juta kanak-kanak Malaysia yang ke sekolah berdepan dengan masalah beban berganda malnutrisi.

Beban berganda malnutrisi didefinisikan sebagai kewujudan kekurangan khasiat bersama khasiat berlebihan dalam populasi yang sama dan merentasi jangka hayat. Dalam bahasa mudah, kanak-kanak yang kurang mendapat makanan berkhasiat berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa kelak.

Ayam Brand™ dengan usaha sama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.

Turut membimbangkan adalah peningkatan masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak di negara ini dengan prevalens miopia atau rabun jauh bagi kanak-kanak berusia 7 tahun meningkat sebanyak 9.8% kepada 34.4% pada usia 15 tahun.

Sungguhpun sesetengah masalah penglihatan tidak dapat dielakkan disebabkan pelbagai perkara, namun ada yang berpunca daripada kurangnya penjagaan mata yang baik.

Bagi menangani masalah penglihatan, Ayam Brand™ bekerjasama dengan Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd. untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan mata dan cermin mata preskripsi secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan di rumah amal terbabit.

Pasukan daripada Focus Point Group turut berada di lokasi untuk memeriksa kesihatan mata semua kanak-kanak. Cermin mata preskripsi diberikan kepada mereka yang memerlukannya selepas itu.

Di samping itu, setiap rumah yang mengambil bahagian akan turut menerima produk-produk Ayam Brand™ yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan serat termasuk Tuna Mayones Ayam Brand™, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dan Soya Kepingan Lepa Ayam Brand™.

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™

Peserta Bengkel Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™, yang kini memasuki tahun ke-16, telah menyumbang lebih 2.1 juta hidangan sihat dan menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 27,293 individu di 610 rumah kebajikan dan NGO.

Di Klang Valley, sejumlah 398 kanak-kanak mengambil bahagian dalam bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’ yang diadakan di Menara KPJ Kuala Lumpur.

Kanak-kanak yang terlibat dari :-

  • Persatuan Rahoma Darul Fakir Malaysia,
  • Rumah Charis, Yayasan Chow Kit,
  • Trinity Community Children Home Society,
  • Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras,
  • Persatuan Rumah Kanak-Kanak Ini Di Sayangi (K.I.D.S),
  • Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary,
  • Rumah Kebajikan Dan Anak Yatim dan Saudara Baru An-Najjah, dan
  • Pusat Jagaan Rumah Juara.

Di bengkel ini, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat menerusi sesi menarik dan penuh bermaklumat bersama Pn Nabihah Hannan Razaleigh, Pakar Pemakanan KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Specialist Hospital.

Beliau telah berkongsi tentang Pinggan Sihat Malaysia serta memperkenalkan kepentingan Omega-3 dalam penjagaan kesihatan mata. Kemudian, setiap kanak-kanak mempraktikkan pengetahuan baharu mereka dengan menyediakan snek sihat yang mengikuti konsep Suku-suku Separuh dibantu oleh pasukan KPJ dan Ayam Brand™.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Komuniti Penyayang #AyamBersamaMu, sila layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *