March 21, 2025

Agoda Hasilkan Buku Kanak-kanak Guna Teknologi AI Generatif

Maya and the Secret World of Agoda

Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang berlangsung setiap tahun pada 20 November, platform pelancongan digital Agoda telah menghasilkan sebuah buku kanak-kanak dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (Gen AI).

Buku yang berjudul 'Maya and the Secret World of Agoda’ menyemarakkan imaginasi serta menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan menikmati teknologi. Buku tersebut kini boleh dimuat turun secara percuma di platform Agoda, dan tersedia dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris.

Salinan asal dan rekaan visual awal bagi buku kanak-kanak 24 halaman ini dicipta sepenuhnya oleh perisian Kecerdasan Buatan Generatif iaitu ChatGPT dan Midjourney, di bawah pantauan pasukan pemasaran, teknologi dan penterjemahan Agoda.

'Maya and the Secret World of Agoda' mengisahkan seorang gadis muda bernama Maya, yang memulakan pengembaraannya ketika melawat ibunya di pejabat Agoda di Bangkok.

Buku ini membawa pembaca muda atas sebuah perjalanan, dan memperkenalkan mereka kepada konsep teknologi melalui watak-watak menawan yang membantu menangkap imaginasi mereka, menjadikannya pilihan yang menghiburkan dan mendidik untuk kanak-kanak dan keluarga yang berminat dengan teknologi di seluruh dunia.

Ia berfungsi sebagai bukti dedikasi Agoda terhadap teknologi dan komitmennya untuk mencetuskan inspirasi dan kreativiti dalam minda kanak-kanak, terutamanya di Asia, yang mana terletaknya ibu pejabat Agoda.

Sebagai sebuah platform pelancongan digital, Agoda sangat menitikberatkan teknologi. Untuk mengendalikan platform tersebut, Agoda menggunakan lebih 500,000 teras CPU merentas empat pusat data di seluruh dunia, yang diuruskan oleh kejuruteraan Agoda.

Platform data Agoda mengandungi lebih daripada 30 petabait data.

‘Maya and the Secret World of Agoda’ kini boleh dimuat turun secara percuma di pautan: agoda.com/aibook/.

Setiap edisi mengandungi dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris, bahasa asal yang digunakan oleh Gen AI serta edisi dalam bahasa Thai, Jepun, Cina Ringkas, Cina Tradisional, Vietnam, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, dan Korea.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *