BMW Group Malaysia mengumumkan pelancaran model serba baharu daripada jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024).
Pelancaran ini bukan sahaja menekankan dedikasi mereka kepada Mobiliti Berwawasan, Kesukanan yang Mendebarkan, dan Kemewahan Progresif, tetapi juga mengesahkan komitmen mereka terhadap Mobiliti Mampan dan Bertanggungjawab, di peringkat tempatan dan global.
Bro turut hadir ke Malaysia Autoshow 2024 untuk menyaksikan sendiri pelancaran dari pihak BMW Group Malaysia.
BMW Malaysia mempersembahkan dua model BMW 5 Series baharu.
BMW Malaysia memperkenalkan BMW i5 M60 xDrive serba baharu dan BMW 520i baharu pemasangan tempatan – tambahan terkini kepada barisan sedan sporty premium BMW, di Malaysia Autoshow 2024.
Ditampilkan bersama dua model BMW 5 Series tersebut adalah BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu dan BMW iX2 xDrive30 M Sport yang pertama.
BMW 5 Series adalah nadi kepada jenama BMW, selain merupakan peneraju dalam segmen sedan eksekutif yang berprestij selama bertahun lamanya.
Rangkaian 5 Series, buat pertama kalinya, membawakan dua varian elektrik penuh yang dikomersialkan di bawah nama BMW i5 iaitu BMW i5 eDrive40 dan BMW i5 M60 xDrive serba baharu, di samping varian terkini BMW 520i yang dipasangkan secara lokal.
Anggaran harga (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW i5 M60 xDrive baharu dan BMW 520i baharu adalah:
- BMW i5 M60 xDrive baharu RM 480,000
- BMW 520i baharu RM 340,000
Untuk maklumat lanjut mengenai model BMW 5 Series baharu, anda boleh layari laman web rasmi www.bmw.com.my
BMW Motorrad Memperkenalkan Jentera BMW CE 02 Berkuasa Elektrik Serba Baharu
BMW Group Malaysia mengumumkan ketibaan BMW CE 02 baharu, berserta tiga motosikal premium yang terdiri daripada BMW F 900 GS, BMW R 1300 GS dan BMW S 1000 XR, ia menyuluh dedikasi BMW Group Malaysia untuk memahat tanda aras baharu dalam industri ini serta menjanjikan pengalaman yang mengujakan bagi para peminat motosikal di Malaysia.
Menampilkan jentera BMW CE 02 yang telah dinanti-nantikan ramai, di samping jentera-jentera baharu yang lain dalam segmen Kembara di Malaysia Autoshow 2024.
Setiap motosikal melambangkan inovasi, yangm mengintegrasikan aspek elektrifikasi, prestasi premium, serta reka bentuk yang canggih dengan begitu sempurna.
Harga runcit (atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) bagi barisan jentera yang terbaharu ini ialah:
- BMW CE 02 Baharu RM 38,500.00
- BMW F 900 GS Baharu RM 88,500.00
- BMW S 1000 XR Baharu RM 129,500.00
- BMW 1300 GS Baharu RM 138,500.00
- dengan tawaran warna Option 719 Tramuntana RM 149,500.00
Untuk maklumat lanjut mengenai BMW CE 02, BMW F 900 GS, BMW 1300 GS dan BMW S 1000 XR baharu, anda boleh layari http://www.bmw-motorrad.com.my/
MINI Malaysia Tampil 3 Model Baharu di Malaysia Autoshow 2024
MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia memperkenalkan tiga ahli baharu yang ikonik kepada portfolionya, iaitu MINI Countryman SE ALL4 elektrik baharu, MINI John Cooper Works (JCW) Countryman ALL4 baharu dan MINI Cooper S baharu – ketiga-tiganya membuat penampilan di Malaysia Autoshow 2024.
Seperti setiap model MINI yang muncul sebelumnya, MINI Countryman melangkaui batas dan memberi definisi baharu kepada konsep sebuah kereta.
Menggandingkan teknologi canggih dengan reka bentuk yang ikonik, ia melambangkan sulaman antara inovasi, prestasi, dan semangat kembara, yang turut mencerminkan visi mereka untuk alaf mobiliti urban yang baharu.
MINI Cooper S baharu pula membawa sensasi pemanduan ala go-kart ke aras yang lebih tinggi, sambil memberi penghormatan kepada reka bentuk MINI klasik yang bersifat abadi.
Anggaran harga runcit MINI Countryman SE ALL4 baharu, MINI JCW Countryman ALL4 baharu dan MINI Cooper S baharu dengan SST (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
- MINI Countryman SE ALL4 Baharu RM 260,000.00
- MINI JCW Countryman ALL4 Baharu RM 399,000.00
- MINI Cooper S Baharu RM 280,000.00
Maklumat lanjut mengenai MINI Countryman SE ALL4 baharu, MINI JCW Countryman ALL4 baharu dan MINI Cooper S baharu boleh didapati di: www.mini.my