February 14, 2025

Restoran Pandu-Lalu A&W Seremban Kini Berwajah Baharu

Pandu Lalu A&W Seremban

Cawangan Pandu-Lalu A&W Seremban diberikan nafas baharu dengan wajah “retro” menjadikan ia yang pertama di negara ini menggabungkan A&W dan Jamaica Blue.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, baru-baru ini bagi meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W Seremban yang diberi nafas baharu, sekali gus memberikan penduduk Seremban suatu pengalaman yang unik dan baharu untuk dirasai.

Pembukaan ini adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia kerana cawangan tersebut merupakan suatu lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak tahun 1978.

Kini, ia diberi nafas baharu dengan konsep yang bertemakan retro, yang menampilkan reka bentuk retro bergaya moden.

Pembukaan itu adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia kerana cawangan tersebut merupakan suatu lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak tahun 1978.

Kini, ia diberi nafas baharu dengan konsep yang bertemakan retro, yang menampilkan reka bentuk retro bergaya moden.

Jamaica Blue di A&W Seremban

Jamaica Blue di A&W Seremban

Sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda, terutama dalam hal membabitkan budaya kopi popular, sebahagian daripada pengubahsuaian itu turut merangkumi jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue yang dimiliki oleh Inter Mark Resources. Cawangan itu adalah yang pertama di negara ini menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue.

Mengambil inspirasi daripada Gunung Jamaica Blue – salah satu daerah pengeluar kopi terbaik di dunia – pengunjung Pandu-Lalu A&W Seremban akan dihidangkan dengan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue yang disediakan oleh pasukan barista yang berpengalaman dan berpengetahuan.

Memuji langkah tersebut, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun berkata cawangan A&W yang diberi nafas baharu menerusi gaya moden-retro dan gabungan Kopi Jamaican Blue akan menambah lagi daya tarikan Seremban sebagai sebuah bandar yang meriah, serta dikenali dengan kepelbagaian makanan unik.

“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas semangat inovatif dan keusahawanan mereka yang sentiasa memberikan tawaran inventif dan konsep baharu kepada pengguna.

Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan – terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal.”

A&W Seremban

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1963, A&W sudah terpahat di hati dan sanubari penggemarnya tidak kira tua mahupun muda yang sangat menggemari menu klasik termasuk kepelbagaian rasa Coney, keenakan waffle dan A&W RB float yang ikonik dan menyegarkan.

Malah, sejak kebelakangan ini, anak muda Malaysia mula menggemari menu khas seperti Mozza Burger dan Ayam Goreng Golden Aroma yang diperbuat daripada bahan segar bagi memastikan tahap kualiti yang tertinggi.

Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia, dengan mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025.

Selain berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih setengah abad, A&W kini adalah entiti yang disayangi oleh rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan segenap lapisan masyarakat untuk beberapa dekad serta generasi seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai A&W Malaysia :

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *