June 16, 2024

BroSamurai Memeriahkan FIT Zakat Fun Run 2023

BroSamurai Fit Zakat 2023

BroSamurai / AbgSamurai berpeluang untuk sertai dan memeriahkan FIT Zakat Fun Run 2023 anjuran Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di di Taman Tasik Metropolitan Kepong.

Larian ini sempena anjuraan Program Fit Zakat 2023 bersama pelancaran Kempen Year End Zakat (YEZ) 2023 oleh pihak PPZ-MAIWP.

Acara larian ini terbahagi kepada 2 kategori – 3km & 6km melibatkan seramai 500 peserta.

BroSamurai VVIP Fit Zakat 2023
Bersama Datuk Mohd Ajib Ismail, Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Pelepasan peserta dibuat oleh Datuk Mohd Ajib Ismail, Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama dengan Encik Mohammed Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP.

Dalam program yang sama, PPZ-MAIWP turut mengadakan solidariti untuk Palestin bagi mendoakan saudara-saudara seIslam di sana agar dibebaskan dari penindasan rejim Israel.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga telah memperuntukkan sebanyak RM2,036,864.60 bantuan kemanusiaan untuk disalurkan ke Palestin.

FIT Zakat 2023 Runner

FIT Zakat Run 2023 Friend

Hari Bersama Pembayar Bersama PPZ-MAIWP

Sepanjang bulan Disember, 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 4.45 petang setiap hari termasuk cuti umum dan pada setiap Jumaat serta minggu terakhir Disember, waktu operasi akan dilanjutkan hingga 9.00 malam disamping mengadakan Hari Bersama Pembayar dengan menyediakan jamuan makan bagi meraikan pembayar.

Terdapat juga pelbagai kemudahan lain seperti pembayaran atas talian melalui portal zakat.com.my, aplikasi MyZakat, perbankan internet, ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP dan banyak lagi.

Lebih istimewa, pembayar yang membuat bayaran zakat sepanjang kempen ini berpeluang memenangi lebih 1,000 hadiah menarik yang seperti Pakej Umrah, Thermomix, Telefon Pintar dan banyak lagi.

Sebarang maklumat mengenai aktiviti kempen boleh mengikuti perkembangan di media sosial PPZ-MAIWP dan layari www.zakat.com.my/yez2023

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *