Bro berkesempatan untuk sertai acara larian amal tahunan Walk-Jog-Wheel A-Thon edisi ke-28 yang telah berlangsung pada 19 November di Dataran Merdeka.
Acara tahun ini melibatkan bilangan peserta yang lebih ramai daripada sektor awam, swasta dan masyarakat kelainan upaya anjuran Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (SCAS&FT).
Spastic Children’s Association of Selangor and Federal Territory (SCAS&F) : Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Acara itu melibatkan penyertaan kira-kira 30 NGO berkaitan komuniti OKU. Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi SCAS&FT dan NGO yang mengambil bahagian untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan orang ramai terhadap Orang Kelainan Upaya (OKU).
Acara ini terbahagi kepada dua kategori – Fun Walk 2km dengan Orang Kelainan Upaya dan 7km (Terbuka).
Ia menjadikan acara ini sebagai platform yang bagus untuk peserta dan orang kelainan upaya untuk berjalan, berlari dan beroda bersama-sama pada platform yang sama.
Tahun ini mereka berjaya mendapatkan pendaftaran seramai 2,500 peserta dengan anggaran 300 adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada pelbagai NGO.
Alhamdulillah, Bro berjaya habiskan larian dan dapat medal bagi acara Charity Walk-Jog-Wheel A-Thon ke-28.
SCAS&FT, di bawah naungan DYMM Sultan Selangor, sudah menganjurkan acara amal berkenaan sejak tahun 1994 dengan kerjasama Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat serta NGO OKU yang lain.
Bro sendiri merasakan inisiatif SCAS&FT dalam penganjuran acara ini sejak 1994 adalah terbaik.
Ia bagi mengumpul dana untuk menampung operasi persatuan itu dan NGO OKU lain, serta meningkatkan kesedaran mengenai kanak-kanak spastik dan juga golongan OKU kecacatan lain.
Untuk maklumat lanjut tentang derma, tajaan dan sumbangan, dan pertanyaan, anda boleh melayari laman web www.scasft.org