April 20, 2024

Jom Sertai Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2023

Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2023

Berita baik buat rakan-rakan yang sukakan cabaran.

Bro nak ajak korang sertai acara ‘KL Tower International Towerthon Challenge’ anjuran Menara Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 15 Oktober 2023 (Ahad).

Memasuki edisi ke-21, ia diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta yang ingin menguji ketahanan fizikal dan mental bagi menawan puncak Menara Kuala Lumpur.

Para peserta akan mendaki 1,576 anak tangga sehingga sampai ke Dewan Bankuet Megaview yang terletak kira-kira 288 meter.

“Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan penaja utama kami pada tahun ini, iaitu Turkish Airlines. Seperti yang kita tahu, Turkish Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan terbesar di dunia. Oleh itu, kami amat berbesar hati dan gembira kerana Turkish Airlines sekali lagi akan bersama kami untuk tahun yang kedua”, – Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Trophy Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2023
Piala Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2023

Bagi menyemarakkan lagi acara ini, pihak Menara Kuala lumpur ingin menjemput para peserta untuk merasai pengalaman ke Sky Deck dan Sky Box pada harga istimewa RM20.00/pax (harga biasa RM110.00/pax dan RM71.00/pax untuk pemegang MyKad).

Peserta hanya perlu menunjukkan bib mereka di kaunter tiket untuk menikmati promosi ini pada hari acara tersebut.

Pendaftaran Early Bird Serendah RM90 Sebelum 16 September!

Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge

Pendaftaran kini dibuka sehingga 14 Oktober 2023, dan ianya dijangka akan menarik lebih daripada 3,000 peserta.

Warganegara Malaysia yang ingin menyertai boleh menikmati harga istimewa ‘EARLY BIRD’ sehingga 16 September 2023 iaitu RM90.00 (harga biasa RM160.00), manakala peserta antarabangsa juga boleh mendaftar sekarang pada harga RM120.00 (harga biasa RM240.00).

Terdapat 6 kategori yang akan dipertandingkan iaitu kategori Lelaki & Wanita Terbuka (umur 19 hingga 40 tahun), kategori Lelaki & Wanita Veteran (umur 41 tahun ke atas) dan kategori Remaja Lelaki & Perempuan (umur 18 tahun ke bawah).

Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM32,500.00 dan 100 peserta dengan catatan masa yang terbaik merangkumi 6 kategori tersebut berpeluang memenangi t-shirt ‘FINISHER’.

Lebih banyak hadiah dan barangan percuma akan diberikan kepada para peserta oleh rakan acara yang mengambil bahagian.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai acara ‘Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2023’, anda boleh layari https://checkpointspot.asia/event/KL-Tower-Run.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *