July 25, 2024

Logitech G Bawa Prestasi eSports ke Tahap Baru!

Logitech G Takes eSports Performance to New Levels

Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED dan Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 Memberi Prestasi, Ketepatan dan Reka Bentuk Generasi Akan Datang untuk Atlet Elit Dunia.

Logitech G, jenama di bawah Logitech dan inovator terkemuka bagi teknologi dan peralatan permainan, memperkenalkan dua produk terbaharu dalam barisan Siri PRO yang memenangi anugerah – Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED dan Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2.

Sepanjang tiga tahun lepas, Logitech G telah bekerjasama dengan ratusan atlet esport profesional paling mahir di dunia untuk mencipta peralatan Siri PRO generasi akan datang.

Produk baharu ini, apabila digabungkan dengan Set Kepala Permainan Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED yang dilancarkan awal tahun ini, melengkapkan barisan Siri PRO dengan menawarkan tahap prestasi PC tertinggi merentasi tetikus, papan kekunci dan set kepala.

The Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 Gaming Mouse

Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 menggabungkan ketepatan, prestasi dan kebolehpercayaan, menjadikannya kelebihan yang amat diperlukan untuk permainan peringkat-elit.

Teknologi dan ciri-ciri terkini termasuk Kekunci Hibrid LIGHTFORCE, teknologi kekunci optik-mekanikal hibrid baharu yang menggabungkan prestasi luar biasa sensor optikal dalam kelajuan dan kebolehpercayaan sambil memberikan tindak balas yang tepat dan rasa mekanikal yang disukai oleh Pro.

Tetikus baharu ini juga dilengkapi Sensor HERO 2 serba baharu, dengan kemampuan menjejak lebih 500 inci sesaat dan sehingga 32,000 DPI. Reka bentuk dwi tatasusunannya yang unik meningkatkan julat kerja dan mengekalkan prestasi penjejakan, walaupun semasa mengangkat atau mencondongkan tetikus.

Berdasarkan maklum balas daripada pemain pro, PRO X Superlight baharu mengekalkan bentuk dan geometri PRO Superlight asal yang memenangi anugerah dan juga berat hanya 60 gram.

Ciri tambahan termasuk: teknologi gred PRO, USB-C, hayat bateri 95-jam, saiz tatasusunan yang lebih besar dan kadar bingkai maksimum 25 kilohertz terbaik dalam kelasnya. Kaki tetikus PTFE sifar aditif memberikan peluncuran yang licin untuk kereaktifan yang lancar kepada mana-mana permainan.

Logitech G PRO X TKL Wireless Gaming Keyboard

Seperti Tetikus Permainan PRO X Superlight 2, Papan Kekunci Wayarles Logitech G PRO X TKL yang baharu turut direka bentuk dengan profesional elit bagi menyampaikan permainan kompetitif tahap tertinggi.

Faktor bentuk “tenkeyless” menampilkan kekunci boleh atur cara, pencahayaan RGB dengan LIGHTSYNC, kawalan media khusus dan pemutar kelantangan bunyi, serta prestasi dan kebolehpercayaan teknologi wayarles Logitech G LIGHTSPEED yang dipercayai.

Selain dongle LIGHTSPEED, pemain boleh menyambung secara Bluetooth® atau melalui kabel USB-C ke USB-A yang disertakan.

PRO X TKL menampilkan penutup kekunci PBT dwi-tangkapan yang membolehkan LIGHTSYNC RGB menyerlah. Reka letak standard membenarkan keserasian penutup kekunci pihak ketiga, dan kekunci media tambahan mencipta akses pantas semasa bermain, butiran yang diminta oleh ramai pemain profesional.

Selain itu, dengan “tenkeyless” bermakna lebih banyak ruang untuk pergerakan tetikus, kelebihan terpenting untuk pemain yang berdaya saing.

Pemain boleh bermain menggunakan papan kekunci di mana sahaja menggunakan sarung yang disertakan dan memilih antara Kekunci Taktil (GX Brown), Kekunci Linear (GX Red) atau Kekunci Clicky (GX Blue).

Untuk pemain profesional, perubahan tetapan terkecil boleh memberi perbezaan antara kemenangan dan tempat kedua. Dalam produk Siri PRO baharu, DPI, sensitiviti, kadar laporan, permukaan, tetapan permainan dan banyak lagi semuanya saling berkaitan.

Dan dengan kemas kini G HUB dan perisian Pengurusan Memori Atas Papan (OMM), pemain kini mempunyai lebih banyak kawalan dan keupayaan konfigurasi:

  • UI sensitiviti baharu dalam G HUB dan OMM untuk mengubahsuai DPI dengan pratetapan penuh, kawalan paksi X/Y yang berasingan dan banyak lagi.
  • Sensor HERO 2 yang boleh menyalin tetapan dari satu tetikus ke tetikus yang lain untuk memastikan anda mendapat DPI yang tepat daripada tetikus lama anda.
  • Kekunci F boleh atur cara sebagai kekunci G pada Papan Kekunci PRO X 2 untuk membolehkan kawalan menyeluruh desktop anda. Tukar pratetapan DPI tetikus, laksanakan makro berbilang cara, gabungkan mantera dan kebolehan, malah mengawal strim anda melalui palam yang berkuasa, termasuk palam daripada Streamlabs.

Harga dan Ketersediaan

Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED, Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 dan Set Kepala Wayarles PRO X 2 LIGHTSPEED tersedia dalam warna merah jambu, hitam dan putih.

Papan kekunci permainan wayarles PRO X TKL (SRP: RM799), tetikus permainan wayarles PRO X SUPERLIGHT 2 (SRP: RM689) dan set kepala permainan wayarles PRO X 2 LIGHTSPEED (SRP: RM1,099) kini boleh didapati di lama rasmi Logitech G di Lazada dan Shopee.

Perihal Logitech G

Logitech G, jenama Logitech, ialah peneraju global yang berdedikasi untuk memenuhi keperluan pemain dan pencipta dengan perkakasan, perisian dan solusi yang memenangi anugerah.

Produk terkemuka industri Logitech G termasuk papan kekunci, tetikus, set kepala, pad tetikus dan produk simulasi seperti roda dan kayu penerbangan, kamera web, lampu dan mikrofon, dan solusi perabut khusus; diwujudkan melalui reka bentuk yang inovatif, teknologi canggih dan minat yang mendalam untuk komuniti pemain dan pencipta.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *