50 Megumi telah memperkenalkan rangkaian produk 50 Megumi Men baharu yang khas diformulasi untuk menangani keguguran rambut di kalangan kaum lelaki.
50 Megumi merupakan jenama penyelesaian keguguran rambut yang terkemuka di Jepun dengan lebih 10 juta produk terjual di seluruh dunia.
Menurut laporan terkini, seramai 50% lelaki berumur 50 tahun ke atas mengalami masalah keguguran rambut. Selain itu, juga terdapat peningkatan dari segi jumlah kes lelaki yang mula mengalami masalah ramut gugur pada usia yang muda.
Lebih membimbangkan lagi, 25% mengakui masalah keguguran rambut telah memberikan impak ketara kepada keyakinan diri mereka, sekali gus menjejaskan perhubungan dan kerjaya mereka sebelum mencapai umur 21 tahun.
Berbekalkan kepakaran jenama tersebut dalam keguguran rambut, rangkaian baharu ini menampilkan dua produk syampu dan satu esen rawatan rambut yang direka khas untuk menyuburkan kulit kepala, meningkatkan pengaliran darah, menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhan rambut, di samping memberi pengalaman yang menyegarkan.
“Keguguran rambut bukan sahaja menjejaskan paras rupa kita, malah ia turut mengubah persepsi kita terhadap diri sendiri dan identiti kita. Ini dapat mengundang keresahan dan kemurungan, khususnya di kalangan lelaki yang bergelut dengan impak sosial dan emosi akibat keguguran rambut.
Itulah sebabnya kami menghasilkan rangkaian 50 Megumi Men baharu— satu penyelesaian yang membantu mengembalikan semula rambut dan keyakinan diri anda,” – Aaron Wong, Pengurus Jenama Kanan 50 Megumi.
Baru-baru ini, rangkaian 50 Megumi Men baharu telah dilancarkan pada satu majlis di Cohiba Atmosphere, Kuala Lumpur, di mana terdapatnya perkongsian daripada pakar-pakar perubatan mengenai masalah keguguran dan penjagaan rambut.
Doktor perubatan dan figura terkenal, Dr Shazril Shaharuddin menegaskan bahawa pemahaman terhadap faktor penyumbang keguguran rambut amatlah penting.
“Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut pramatang di kalangan kaum lelaki. Walaupun sebahagiannya adalah genetik, namun ada juga faktor-faktor lain yang berkait rapat dengan gaya hidup dan tabiat kita, seperti tekanan, tidur, senaman serta tabiat pemakanan.
Mengetahui faktor-faktor ini serta cara pengendalian rambut gugur secara berkesan turut memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lebat.”
Produk utama dalam rangkaian 50 Megumi Men baharu adalah 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Treatment Essence. Esen rambut ini hanya perlu diaplikasikan secara langsung pada kulit kepala.Ia membantu merangsang folikel rambut, meningkatkan kesihatan keseluruhan kulit kepala, dan mewujudkan persekitaran yang optimum untuk rambut yang sihat.
Teksturnya yang ringan dan tidak melekit menjadikannya sesuai untuk lelaki dengan gaya hidup sibuk, kerana ia tidak menjejaskan penggayaan rambut serta tidak perlu dibilas dengan air.
Rangkaian 50 Megumi Men juga menampilkan dua pilihan syampu, iaitu 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh dan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo.
50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh membersihkan kulit kepala dan rambut dengan wangian pudina menyegarkan bagi menghilangkan minyak rambut berlebihan dan memberi kesegaran kepada akar rambut. 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo pula mengandungi Hinokitiol, bahan anti-kelemumur berasaskan tumbuhan yang dapat menangani kelemumur secara berkesan.
Setiap produk dalam rangkaian 50 Megumi Men dirumus khas dengan 50 bahan terpilih yang merangkumi kosmetik moden, herba tradisional dan bahan semula jadi yang sesuai dengan keperluan unik lelaki untuk mencegah keguguran rambut.
Rangkaian 50 Megumi Men baharu kini boleh didapati di cawangan-cawangan peruncit terpilih di seluruh negara, termasuk Guardian dan platform atas talian iaitu Shopee, Lazada.
Rangkaian baharu itu berada dalam julat harga dari RM50 hingga RM150. Untuk maklumat lanjut tentang 50 Megumi, sila layari https://50megumi.com.my/.