Bro Samurai bersama rakan wasap group larian akhirnya dapat berkumpul untuk sertai Watsons Get Active Fun Run 2024 yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil.
Ikut plan asal, Bro memang tak dapat nak join atas beberapa urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Sekali ada perubahan, dan ada rakan dalam group wasap offer extra bib (bb kawan dia yang tidak dapat hadir) untuk Bro pakai dan sertai Watsons Get Active Fun Run 2024.
Bro bersama rakan-rakan runner dari group wasap.
Ramai terkejut bila nampak Bro tiba-tiba muncul dekat lokasi, sedangkan dalam group senyap tak berbunyi (macam pelik je group admin jadi CCTV).
Ini pula bersama rakan cosplay runner yang selalu hadir memeriahkan acara.
Mereka juga terkejut, tiba-tiba Bro Samurai ada dekat sini. Sedangkan sebelum nie, kata tak dapat nak turut serta.
Dalam ramai-ramai ini. Ada sorang ini baru nak try pakai cosplay sambil berlari. Kaki Full Marathon dia ni + pacer, tapi sejak join group wasap Bro, hati dia terbuka nak pakai cosplay macam nie.
Kalau tidak, asik dengan rambut afro dia je la.
Penganjuran acara kali ini membuktikan komitmen Watsons Malaysia dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan kesedaran kesihatan di kalangan masyarakat.
Medal Watsons Get Active Fun Run 2024.
Agak unik juga medalnya dimana korang boleh letak gambar sendiri ditengahnya dan boleh dilekatkan pada peti ais.
Untuk acara tahun ini, yang juga bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, bukan sahaja menyediakan aktiviti larian, tetapi juga aktiviti-aktiviti sihat lain seperti sesi yoga, Zumba, serta demonstrasi memasak sihat yang menyeronokkan.
Dengan pelbagai pilihan aktiviti ini, peserta diberikan peluang untuk “get active” sambil menikmati suasana komuniti yang penuh sokongan.
Ok, jumpa lagi di next event!