April 15, 2024

Bro Samurai Hadir, Memeriahkan MAIWP RUN 2024

Bro Samurai MAIWP Run 2024

Bro Samurai telah sertai dan memeriahkan lagi acara MAIWP Run 2024 yang berlangsung di Dataran Wawasan, Putrajaya.

MAIWP Run 2024 diadakan sempena sambutan 50 Tahun Kegemilangan MAIWP, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama MAIWP.

Ia merupakan kali kedua aktiviti larian ini dianjurkan dan kali ini memilih Dataran Wawasan Putrajaya sebagai trek larian dengan mencatatkan pendaftaran seramai 11,078 peserta dari pelbagai bangsa, agama dan negara.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, MAIWP RUN 2024 menyediakan 5 kategori larian iaitu 21 kilometer (half marathon), 10 kilometer (race), 5 kilometer (fun run) dan 3kilometer untuk larian bersama keluarga dan orang kurang upaya.

Terima kasih pada rakan-rakan runner yg sudi bertegur sapa dan bergambar sama.

Ada yang tanya, kenapa Bro tak pakai keris.

Susah nk dapat keris prop yang betul2 nampak macam keris. Kebanyakan keris hiasan or dalam kosong. Nak bawa keris betul, risau kena banned terus dari join larian nanti.

So kita bawa pedang samurai supaya identiti samurai masih ada.

Acara ini juga turut menawarkan pelbagai hadiah menarik cabutan bertuah seperti motosikal, televisyen, telefon pintar, basikal dan hamper untuk para peserta yang bertuah.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *