October 8, 2024

Bro Samurai di Larian Hari Landskap Negara 2024

Larian Hari Landskap Negara 2024

Baru ini, Bro Samurai telah menyertai dan memeriahkan Larian Hari Landskap Negara 2024 yang berlangsung di Taman Tasik Shah Alam.

Kiranya, ini 1st time Bro Samurai try route Shah Alam sebelah pagi.

Bro Samurai Larian Hari Landskap Negara 2024

Bersama rakan-rakan runner & cosplay runner Spidey Poyo (member gak) + anaknya Spidey Boy yang hadir untuk memeriahkan acara ini.

Larian Hari Landskap Negara 2024 yang dianjurkan sempena sambutan Hari Landskap Negara telah berlangsung pada 1 Jun 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.

Acara ini diadakan untuk memupuk kesedaran mengenai pentingnya landskap dan kehijauan dalam pembangunan bandar serta menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

Kira-kira 1,600 individu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya penduduk Shah Alam yang turut serta bersama keluarga mereka menyertai program Fun Run sepanjang lima km sekitar pusat bandar raya Shah Alam sempena Hari Landskap Negara (HLN).

Acara pelepasan dilakukan oleh EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi dan Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh.

Acara ini merupakan inisiatif Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Terima kasih kepada rakan² runner yang sudi bertegur sapa dan bergambar sama. Jumpa next run dekat Shah Alam.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *