January 26, 2025

Makanan Korea Halal Seoul Hot Ramyeon di DubuYo

DubuYo Seoul Hot Ramyeon memang Daebak!

Annyeonghaseyo!

DubuYo, restoran makanan Korea Halal yang digemari rakyat Malaysia kini kembali dengan menu terbaharu yang bakal menyengat deria rasa, Seoul Hot Ramyeon.

Boleh dinikmati di semua cawangan seluruh negara dari 4 Jun hingga 22 September 2024, hidangan baru ini menjanjikan kombinasi rasa lemak berkrim dan pedas yang sangat menarik, membawa para pelanggan menikmati rasa seperti berada di Korea.

Budaya Korea telah lama bertapak di hati rakyat Malaysia, khususnya dari segi hidangan mereka.

Seoul Hot Ramyeon DubuYo

Dengan permintaan yang semakin meningkat ini, DubuYo telah mengambil langkah untuk mencipta sebuah menu sensasi bermusim yang menunjukkan inti pati masakan Korea – semangkuk ramyeon yang dimasak sempurna bersama kuah yang lemak berkrim dan pedas, dihiasi gulungan ayam yang direneh lazat dan telur rebus.

Setiap suapan pastinya membangkitkan gabungan harmoni pelbagai rasa dilengkapi dengan sedikit sentuhan rasa rumpai laut, jagung manis dan tauhu.

Melengkapkan Seoul Hot Ramyeon sebagai hidangan sampingan ialah Seoul Yam Uyu, minuman yang menarik menggabungkan goguma (ubi keledek) yang manis dan susu berkrim bersama biji boba buah markisa.

Minuman yang menyegarkan ini adalah gabungan sempurna yang bakal melengkapi rasa ramyeon yang menakjubkan.

Minuman Seoul Yam Uyu

Setelah hampir sedekad lebih, DubuYo dan DubuYo Mini telah menggembirakan pelanggan mereka di seluruh negara dengan hidangan Korea yang menggamit selera melalui 34 cawangannya.

Diambil daripada nama “Dubu” (tauhu), menu Istimewa mereka adalah salah satu hidangan Korea yang digemari, iaitu Soondubu Jigae. Selain sajian yang ikonik ini, DubuYo menawarkan pelbagai hidangan Istimewa Korea, termasuk bibimbap (nasi campur), pa-jeon (lempeng Korea), ramyeon dan ayam goreng Korea, bagi memberikan pengalaman kulinari yang pelbagai lebih daripada BBQ Korea yang biasa.

Untuk maklumat lanjut tentang Seoul Hot Ramyeon atau promosi di DubuYo, Sila layari https://dubuyo.com/ atau di laman Facebook https://www.facebook.com/DubuYo.urbankoreanfood/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *