January 26, 2025

Kempen Systema “Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth” Tawar Sokongan Penjagaan Oral

Kempen Systema Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth
Systema, pakar kesihatan gusi dari Jepun, berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) Perkenal Kempen CSR – “Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth”, tawar sokongan penjagaan Oral kepada Orang Awam dan Petugas Barisan Hadapan.

Kempen tersebut bertujuan mendidik rakyat Malaysia dan meningkatkan amalan penjagaan oral mereka untuk kesihatan gusi yang lebih baik dengan mengedar maklumat kesihatan oral berasaskan fakta dan disokong oleh kajian kepada 2 juta orang Malaysian.

Pemeriksaan gigi percuma bagi mengurangkan kadar penyakit gusi secara beransur-ansur dalam kalangan orang
dewasa juga disediakan untuk menolong rakyat Malaysia mengenal pasti dan mencegah masalah kesihatan oral seperti penyakit gusi sebelum menjadi lebih serius.

94% Golongan Dewasa Mengalami Penyakit Gusi

Anda mungkin antara 94 peratus golongan dewasa Malaysia yang mengalami penyakit gusi berdasarkan data National Oral Health Survey of Adults 2010.

Punca utama penyakit gusi adalah plak, satu lapisan lembut dan melekit yang mengandungi berbilion-bilion bakteria. Apabila plak terkumpul di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin dari bakteria akan merosakkan tisu gusi.

Kajian oleh Lion Corporation baru-baru ini ke atas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).

Kesihatan oral terbukti mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan sistem badan. Kajian menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan masalah kesihatan lain termasuk penyakit jantung, strok, diabetes, artritis reumatoid dan yang terbaharu, Alzheimer.

Langkah pencegahan dalam kesihatan oral seperti pengesanan awal dan rawatan penyakit gusi boleh mengubah keselanjaran penyakit oral, satu cara untuk menangani beban kumulatif ke atas kesihatan awam.

Penyakit gusi kini berleluasa namun boleh dicegah. Tahap kesedaran mengenai penyakit gusi, kesannya terhadap kualiti hidup dan kaitannya dengan penyakit serius lain adalah rendah.

Kita perlu sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia meningkatkan tahap kesihatan gusi untuk mengurangkan beban kumulatif terhadap kesihatan umum. Kajian menunjukkan terdapat korelasi antara penyakit gusi dan penyakit jantung serta diabetes.

Jika pengesanan dan rawatan awal mampu mengurangkan korelasi antara penyakit berbahaya ini, kita perlu meneroka dengan teliti. Diabetes dan penyakit jantung juga telah dikenal pasti sebagai komorbiditi bagi COVID-19.

Rakyat Malaysia perlu belajar mengenal pasti tanda dan simptom penyakit gusi supaya mereka boleh mengenalpasti masalah dan segera mendapatkan rawatan.

Kempen “Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth” Bersama Systema

Systema Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth

Kempen CSR yang holistik ini turut melibatkan :-

  • Pengagihan 10,000 unit ubat gigi Systema saiz percubaan kepada orang awam &9,000 unit ubat gigi Systema saiz penuh kepada petugas barisan hadapan kesihatan oral.
  • Laman web interaktif www.gumhealthcheck.com yang memberi pendidikan mengenai tanda dan simptom penyakit gusi dan aplikasi penilaian kesihatan gusi percuma.
  • Pemeriksaan gigi percuma oleh klinik MDA yang mengambil bahagian.
  • Aktiviti pendidikan serta meningkatkan kesedaran di media sosial, dan
  • Diskaun hebat produk Systema bagi memastikan produk kesihatan oral berkualiti mampu diperolehi oleh semua.

Satu kempen media sosial akan diadakan dengan menampilkan influencers dan pengguna untuk mendorong orang ramai supaya Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth serta menyokong kempen ini dari 1 April hingga 30 April 2021.

Systema dan MDA sedang giat berusaha menyediakan sumbangan dalam bentuk produk, bahan pendidikan, pemeriksaan gigi dalam talian dan di klinik, sokongan dan khidmat media sosial bagi membantu orang awam di kala klinik pergigian kerajaan sedang terbeban.

Kempen ini boleh membantu Program Kesihatan Pergigian, KKM dalam mendidik orang awam mengenai keperluan penjagaan gusi dan kesihatan oral yang lebih baik, melengkapkan mereka dengan produk dan menggalakkan mereka kepada pemeriksaan gigi percuma untuk penilaian.

Ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan gigi percuma bagi menyokong kempen ini. Semua orang digalakkan untuk berkunjung ke klinik gigi sekurang-kurangnya sekali setahun.

Kempen “Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth” mengambil nama sempena teriakan motivasi Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’ sebagai kata-kata semangat supaya rakyat Malaysia mengawal kesihatan oral, termasuk ketika pandemik.

Layari www.gumhealthcheck.com untuk mendapatkan pemeriksaan gusi dalam talian anda hari ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *