Bagaimana nak buat pilihan sama ada laptop yang bakal anda beli adalah laptop terbaik untuk diri anda?
Ye la, orang beli laptop untuk dipakai bagi tempoh jangka masa panjang. Tak nak la, habis warranty setahun laptop rosak/jahanam. Kos nak repair hampir sama dengan kos nak beli laptop baru.
Tak ke rugi dekat situ?
Maka hari ni, Bro ingin kongsikan beberapa tip yang boleh membantu korang membuat keputusan dalam pemilihan laptop yang terbaik untuk diri korang @ mengikut bajet kewangan korang.
1 – Tujuan Korang Beli Laptop
Mula sekali, korang kena tahu apa tujuan sebenar korang nak beli laptop. Adakah sebab nak digunakan untuk belajar, bermain game atau nak tengok movie.
Jika korang beli untuk belajar, harganya lebih murah & spesifikasinya tidak terlalu tinggi. Cuma jika ingin digunakan bagi tempoh masa yang panjang (mungkin sehingga habis belajar / penggunaan 4 hingga 5 tahun), ada baiknya jika ambil spesifikasi lebih tinggi dan terkini (up to date).
Kecuali, jika waktu belajar korang perlukan laptop berkuasa dengan grafik berkualiti bersesuaian dengan jurusan yang korang ambil – pereka grafik @ programmer etc. Memang banyak modal perlu dikeluarkan.
Kalau beli setakat nak tengok movie, laptop standard pun dah kira ok. Tapi biarlah kad grafiknya cantik dan speaker sedap didengar / tak pecah bunyinya.
Kalau untuk bermain game terutamanya game yang berat, ada baiknya anda beli laptop yang spesifikasinya khas untuk bermain game. Harganya boleh tahan juga.
2 – Lihat Spesifikasi Yang Ditawarkan
Setelah tahu tujuan ‘sebenar’ korang untuk beli laptop, maka korang kena tahu spesifikasi minimum yang perlu anda pertimbangkan bergantung pada bajet korang.
Mula sekali, pilih jenama yang anda percaya dan pusat khidmat pelanggan (service centre) berdekatan dengan tempat korang. Sekiranya rosak atau laptop anda hadapi masalah dalam tempoh warranty, senang untuk korang ke sana.
Kebanyakan laptop walaupun berlainan jenama, menawarkan spesifikasi hampir sama.
Cuma yang membezakannya, adalah tempoh warranty, servis selepas jualan dan juga khidmat pelanggan mereka.
Ada sesetengah pusat khidmat pelanggan mereka boleh terus baiki laptop anda disana dan ada juga yang hantar ke HQ untuk dibaiki. Selalunya yang dihantar ke HQ akan mengambil masa yang lama baru laptop itu kembali ke tangan anda.
Pishang…!!!
Maka, korang perlu bijak dalam memilih jenama laptop yang ditawarkan di pasaran.
Selain itu, korang perlu pertimbangkan dalam pemilihan cip pemprosesan (Chip Processor), kad grafik (Graphic Card), saiz RAM & ruangan menyimpan (Storage).
Selebihnya, pada saiz, keberatan, design & juga warna.
3 – Bajet Korang Untuk Beli Laptop
Nak beli laptop, kena usha bajet yang korang ada. Jangan sampai terpaksa ikat perut sebab duit PTPTN dah habis guna untuk beli laptop. Lain la kalau Pa&Ma sponsor korang untuk beli laptop.
Cara terbaik, kaji bila promosi & jualan diskaun diadakan.
Selalunya pada ‘black friday sale’, ‘cyber sale’ atau jualan akhir tahun. Waktu ini, memang banyak promosi diadakan yang memfokuskan barangan seperti laptop, komputer, telefon pintar etc.
Kalau korang kaki shopping online, kena rajin usha Lazada atau Shopee terutamanya bila ada sale. Tapi sebelum itu, ada baiknya korang bandingkan harga sebelum dan sewaktu sale. Ada yang betul-betul berdiskaun dan ada juga harganya sama je (ada sale ke tak de, harga tetap x berubah).
Maka di sini, korang kena jadi pembeli bijak dan kena bijak membuat pilihan.
Alang-alang beli secara online, ada baiknya korang gunakan voucher yang ditawarkan. Dekat situ, korang dah untung banyak. Dah la beli laptop ada diskaun, siap ada voucher diskaun lagi. Jimat, jimat…!!!
Moga dengan tip yang Bro kongsikan di atas dapat membantu korang membuat keputusan sebelum membeli laptop yang terbaik untuk kegunaan korang.
tiga benda yang biasa saya lihat bila nak beli laptop melalui specs..
storage..memory..processor