Anda seseorang yang punyai pengalaman / kemahiran tetapi hingga kini tiada perkerjaan. Masih belajar, tetapi ingin mencuba nasib dalam alam perkerjaan.
Daftar diri anda di Qwork sekarang!! Mana tahu, dari freelance / partime anda ditawarkan ke jawatan tetap jika ada company yang suka dengan prestasi kerja anda.
Apa tunggu lagi?
Jom mendaftar di www.qwork.my sekarang!
Kenapa Perlu Mohon Kerja Melalui Qwork?
Sejak mula beroperasi pada Jun 2016, Qwork telah memperolehi maklumat data yang menggalakkan untuk mengisi keperluan pasaran pekerjaan di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, Qwork merupakan platform pengambilan pekerja atas talian yang direka berdasarkan skill dan pengalaman kerja untuk dipadankan dengan kehendak syarikat yang memerlukan pekerja bagi memenuhi kateria yang mereka inginkan.
Berbeza dengan platform lain yang memberikan servis yang sama.
Kali ini biar majikan yang cari anda, bukannya anda yang terkedek-kedek mencari dan menaburkan janji manis sebelum diterima bekerja.
Sekaligus dapat mengurangkan masa bagi majikan mencari pekerja yang terbaik, bahkan anda berpeluang untuk bekerja dengan mana-mana majikan yang inginkan skill seperti anda.
Dengan ertikata lain, Qwork membantu memadankan pekerja dan majikan mengikut skill yang diperlukan.
Ianya sesuai jika anda merupakan fresh grad, pelajar atau mereka yang suka bekerja secara freelance, anda boleh mendaftar sebagai Qworkers di www.qwork.my.
Tidak mustahil, jika anda seorang surirumah / pelajar mahupun sudah berkerja mampu menjana pendapatan dengan melakukan kerja lain yang bersesuaian dengan skill anda di waktu lapang.
Apatah lagi bagi mereka yang memang tiada kerja / menganggur.
Lebih menarik, majikan dapat mencari tenaga kerja secara harian, separuh masa (part time), sepenuh masa atau berdasarkan projek (Bro lebih suka based on project). Kos pembayaran tenaga kerja dapat dikurangkan untuk hasil yang optimum.
Kalau anda sebagai majikan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Jangan lepaskan peluang ini, ambil mereka terus bekerja secara sepenuh masa dengan anda.
Setiap hasil kerja anda sebagai Qworker akan diberi penilaian supaya anda lebih menyerlah untuk dipilih oleh majikan akan datang.
Sebagai tambahan, Qwork turut menyediakan Qwork Vidzume, iaitu video resume profesional yang merupakan sebahagian inisiatif projek antara Qwork dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Secara tidak langsung, majikan boleh nampak kemahiran & ketrampilan anda melalui video resume tanpa perlu memanggil anda untuk datang interview. (Dorang boleh panggil anda untuk datang terus bekerja dengan mereka).
Peranan Qwork Dalam Memperkasa Kerjaya Dan Industri
Qwork berperanan menyediakan peluang kepada Qworkers generasi muda (millenials) dalam menggalakkan mereka membina /menjana pengalaman bekerja sebagai portfolio semasa masih belajar.
Ia juga membantu Generasi Y memperkukuhkan skill melalui pelbagai program ‘empowerment’ yang dianjurkan. Inilah peluang terbaik membina portfolio untuk kerjaya masa hadapan yang mantap.
Antara projek Qwork yang bakal diadakan tidak lama lagi ialah Qube – pusat pembangunan remaja yang direka bertujuan memperkasa kemahiran dan bimbingan kerjaya sosio-remaja di Gombak.
Qwork juga akan menyediakan resume mereka melalui program ‘Get-Skilled-Get-Employed’ kepada mana-mana organisasi berkaitan.
Berminat? Daftar sekarang di www.qwork.my secara PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari
Website: www.qwork.my
Telefon : +603-4270 5218
Facebook: Qwork Malaysia | Instagram: @qwork.my | Twitter: @QworkMY
Bicara Bro : Teringat pengalaman ditawarkan bekerja sewaktu masih lagi bergelar Mahasiswa. Ditawarkan berdasarkan pengalaman dan bukannya kelayakan.
2x pula tue.
Lagi dasyat member rumah sewa (waktu itu dia dah bekerja) masa belajar – habis last paper, terus pergi interview & esok start kerja. Bulan depannya motor hilang, terus pergi beli kereta baru (2nd hand je) tapi bayar cash.
Lepas setahun, angkat BMW sebiji (Jangan ditanya berapa gaji dia sebulan – Cuma badan dia dari XXL jadi M dalam masa setahun).
zaza nak cuba isi..
selamat mencuba ;)
Memang bagus platform Qwork ni…Dila dah juga share dengan kawan2 yang masih mencari kerja… hihihi… thank you for sharing Bro Framestone
Sama-sama…. If Dila ada job-job lepas ini, boleh la post dekat Qwork or sub je dekat Bro hahahaha
Lebih kurang (tapi tak sama) macam mdec erezeki tapi job offer yg banyak semuanya high level la cam buat website, app development..perlu skill yg power…kalau org biasa cam aku ni mmg xde harapan lah nk dpt duit dr erezeki seperti yg diwar-warkan dlm Maharaja Lawak Mega tu